Tahniah buat murid-murid Tahun 6 yang telah hadir ke kelas tambahan dalam masa cuti ini. Semoga usaha ini akan mengekalkan momentum calon-calon UPSR agar sentiasa bersedia untuk menghadapi peperiksaan tersebut demi merealisasikan hasrat untuk memperoleh keputusan cemerlang...
Pages
▼
Friday, May 30, 2014
Tuesday, May 27, 2014
Majlis Sambutan Israk Mikraj Peringkat Sekolah Tahun 2014
- Kumpulan sasaran - Murid tahun 1- 6 (SK Taman Putra Perdana)
- Tarikh -27 Mei 2014 (Selasa)
- Masa -7.20 - 9.30 pagi (Sesi pagi), 1.20 - 3.20 petang (Sesi petang)
- Tempat - Dewan SKTPP
- Aktiviti - Ceramah Israk Mikraj
Ceramah untuk murid tahap 1 (1, 2
dan 3) - Ustaz Asyapul Adli bin Wahab @ Saimin
Ceramah untuk murid tahap 2 (4, 5
dan 6) - Ustaz Ab Ghani bin Hashim
Sambutan ini diadakan bertujuan untuk mengingatkan tentang peristiwa Baginda
Rasulullah S.A.W yang diangkat ke Sidratul Muntaha. Di samping memberi
pendedahan kepada murid-murid betapa pentingnya memulia dan mengingati peristiwa
penting tersebut. Sambutan ini juga bertujuan untuk membentuk akhlak murid-murid
dengan menjadikan Rasullullah sebagai ikutan dan contoh dalam perjalanan hidup
ini. Diharap majlis ini dapat menjana potensi pelajar supaya mereka lebih berminat dan
bermotivasi untuk mencapai kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat. Kecemerlangan
pelajar ini akan menjadi aset penting untuk melahirkan generasi yang berilmu,
berketrampilan, berdaya saing dan berwawasan untuk membangun masyarakat yang
berteraskan Islam.
OBJEKTIF
1. Memberi kesedaran kepada murid-murid tentang hari kebesaran Islam
2. Mewujudkan contoh yang baik kepada murid-murid untuk diikuti
3. Menjana potensi murid-murid dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum
4. Merapatkan hubungan antara guru dan murid-murid dalam memartabatkan Pendidikan Islam
5. Mengambil iktibar daripada peristiwa Israk dan Mikraj Rasulullah sebagai asas
perkembangan tamadun manusia
Sepanjang program tersebut banyak info yang dapat diperolehi oleh murid dan guru.
Antaranya tentang Israk dan Mikraj, pengorbanan dan kesabaran Rasulullah, sejarah
diwajibkan solat fardhu dan peristiwa yang berlaku sepanjang Israk dan Mikraj. Melalui
ceramah sebegini diharapkan murid dapat memahami tentang peristiwa dan hikmah Israk
dan Mikraj.

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang Majlis sambutan Israk dan Mikraj :
Sesi Pagi
Ucapan dari Pengerusi Majlis - Ustaz Zurilazman
Bacaan doa pembuka majlis oleh Ustaz Mahadir
Murid mendengar ceramah dengan penuh perhatian
Penceramah al- Fadhil Ustaz Ab Ghani bin Hashim
Persembahan Nasyid yang merdu
Sesi Petang
Ucapan Puan Rosmah PK Petang
Persembahan Nasyid
Murid- murid mendengar ceramah yang penuh mengandungi nasihat
Penceramah dari Al- Fadhil Ustaz Ustaz Asyapul Adli bin Wahab @ Saimin
Monday, May 26, 2014
Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-21 Sesi Pagi
Tarikh : 26 Mei 2014
Masa : 7.30 - 8.30 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan
GURU-GURU BERTUGAS
1. Pn. Siti Rabiaah bt. Mohammad
2. Pn. Zailezah bt. Sardi
3. Pn. Nur Zainon bt. Razali
4. Pn. Norziani bt. Zubir
5. Pn. Zuraini bt. Ismail
6. Pn. Nor Syifa bt. Kadir
7. En. Mohd Kamarul bin Ab Rahman
Laporan / ulasan
Nyanyian, bacaan doa dan ikrar.
1. Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan lagu sekola di bawah pimpinan pn. Astina bt. Mahad Nor
2. Bacaan doa : Adik Muhammad Shahrizal bin Rahmat
3. Bacaan iikrar rukun negara dan keselamatan jalan raya : Pn. Siti Rabiaah bt. Mohammad
4. Bacaan ikrar murid : Adik Aniq Iqbal bin Zulkarnain
Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Pn. Musaliha bt. Mustafa
1. Kebersihan kelas kurang memuaskan terutama pada haru latihan sukan hari rabu yang lepas.
2. Kebersihan di Dewan Perdana selepas waktu rehat, didapati ada sampah bertaburan di atas lantai seperti botol, air, plastik makanan, dan sebagainya.
Pengumuman pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas
1. Kelas PPKI
- Tempat pertama, Lenovo. Tempat kedua, Apple. Tempat ketiga, Dell.
2. Tahun 4
- Tempat pertama, Teta. Tempat kedua, Zeta. Tempat ketiga, Alfa.
3. Tahun 5
- Tempat pertama, Waja. Tempat kedua, Exora. Tempat ketiga, Persona.
4. Tahun 6
- Tempat pertama, Seraya. Tempat kedua, Jati. Tempat ketiga, Keruing.
Ucapan guru bertugas pada minggu ini (Pn. Siti Rabiaah bt. Mohammad)
1. Memperkenalkan guru-guru yang pada minggu ini.
2. Perkataan lawad pada minggu ini :
- Bahasa Melayu - Sadur (lapisan)
- Bahasa Inggeris - Concern (kebimbangan)
- Bahasa Arab - Iqra' (bacalah)
3. Tema : Tip-tip mengisi masa lapang
- Untuk mengisi masa lapang yang berkualiti, pelajar perlu melakukan aktiviti yang berfaedah supaya masa lapang tidak berlalu begitu sahaja. Antara contoh aktiviti yang boleh dilakukan adalah membaca buku, menghadiri kelas tambahan, membantu ibubapa di rumah, mengulangkaji pelajaran dan sebagainya.
Ucapan daripada Guru Disiplin (En. Shahrizal b. Yaam)
Pengumuman daripada Pn. Siti Rabiaah bt. Mohammad
1. Peraduan menulis esei untuk sekolah rendah. Sesiapa yang berminat boleh mendapatkan borang daripada Pn. Norli Hassan.
Pengumuman daripada En. Musrizuan
- Semua murid akan menjalankan latihan sukan mengikut stesen yang telah ditetapkan supaya aktiviti berjalan lancar.
Majlis Sambutan Hari Jadi Guru daripada Pn.Norazura Mustapha
- Sambutan Hari Jadi guru-guru yang dilahirkan pada bulan Mei.
Program 5 minit Antidadah
- program ini disampaikan oleh Pn. Jamilah bt. Mohd. Yusof tentang
Penyampaian Hadiah kepada pemenang-pemenang Kejohanan Taekwondo
Persembahan Nasyid oleh Kumpulan Puteri
Kumpulan ini akan mewakili sekolah ke pertandingan sempena Hari Puteri esok(27hb Mei 2014)
Ucapan Pn. Roslina bt. Jaafar (Penyelaras PPKI)
Berikut adalah gambar-gambar sepanjang perhimpunan dijalankan.

Saturday, May 24, 2014
Kem Bestari Solat Tahun 4, 5, dan 6 siri 2
Alhamdulillah Kem Bestari Solat Tahun 4, 5 dan 6 siri 2 dapat dilaksanakan pada 24.5.2014 di bawah kelolaan Panitia Pendidikan Islam SKTPP. Kem kali ini melibatkan 216 orang murid yang dipilih berdasarkan kemahiran hafazan dalam solat. Semoga kem ini dapat menjadi inspirasi kepada murid dalam meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang kewajipan solat.
Pendaftaran murid
Taklimat kepada fasilitator
Aksi murid sebelum LDK
Murid berkumpul di Dewan Perdana
Ustazah Huda dan Ustazah Hasliza dalam LDK
Murid menunjukkan cara rukuk
LDK di dalam kelas
Murid membaca bacaan dalam solat
Ustaz Mahadir memberi tunjuk ajar kepada murid
LDK Praktikal Wuduk
LDK Praktikal Solat di Surau SKTPP
Fasilitator membetulkan kedudukan murid
Ustazah Shuhada membetulkan telekung murid
Murid bersedia melakukan praktikal solat berjemaah
LADAP Pengurusan Stres & Pengurusan Pendidikan Inklusif
Bertempat di Bilik Mesyuarat, hari ini guru-guru telah menghadiri Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) bertajuk Pengurusan Stres yang disampaikan oleh En. Abd. Hadi Abd. Malek dari YAPEIM dan Pengurusan Inklusif oleh Penyelaras PPKI SKTPP; Pn. Roslina Jaafar. Guru-guru telah berkongsi banyak input yang berguna hasil LADAP tersebut.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Zurilazman
Penyampaian penceramah sangat menarik
Stres ada yang positif (eustres) dan negatif (distres)
Penyampaian sijil dan cenderamata oleh GPK HEM; Pn. Jamilah kepada penceramah
Pn. Roslina menyampaikan ceramah berkaitan program inklusif PPKI
Penyampaian sijil kepada Pn. Roslina