Monday, May 19, 2014

PK 1 baharu SKTPP

Hari ini PK Kokurikulum SKTPP; Tn. Hj. Ahmad Fuadi bin Sarham telah menerima surat pelantikan sebagai PK Pentadbiran dan PK Kokurikulum (PK1) yang baharu SKTPP. Tahniah diucapkan kepada Cikgu Fuadi. Pelantikan beliau berkuatkuasa mulai 1 Mei 2014.
   Cikgu Fuadi merupakan seorang guru yang sangat luas pengalaman dalam pendidikan. Selaku pemegang Ijazah Sarjana Muda  dan Sarjana Pengurusan Sumber, beliau kini sedang menyiapkan PhD (Doktor Falsafah) dalam bidang Pengurusan Sumber dan Pendidikan di UPSI. Berpengalaman mengajar di beberapa buah sekolah, Cikgu Fuadi pernah menjawat jawatan Pegawai Unit Bahasa di PPD Petaling Utama. Berbekalkan kualiti peribadi dan segala kekuatan yang ada pada Cikgu Fuadi, adalah diharapkan semoga beliau dapat bersama-sama melonjakkan kecemerlangan sekolah khususnya dalam bidang akademik.
   Pengganti Cikgu Fuadi juga telah menerima surat pelantikan dari PPD Sepang. Beliau ialah guru daripada SK Pulau Meranti; Pn. Azizah binti Mokhlas yang akan menjadi PK Kokurikulum SKTPP yang baharu. Ustazah Azizah buat masa ini sedang bercuti bersalin sehingga 12 Jun 2014 dan akan menjalankan tugas selepas beliau habis cuti bersalin nanti...

Cikgu Fuadi sewaktu menyampaikan piala kemenangan selaku Johan kepada Ketua Pasukan Hoki SKTPP bulan April yang lalu di Stadium Hoki Seremban 2
Guru Besar bersama Pn. Azizah - PK Koku baharu 

No comments:

Post a Comment