Wednesday, May 7, 2014

Sesi Bergambar Bersama Guru Kesayangan Sempena Sambutan Hari Guru Tahun 2014


Sempena Sambutan Hari Guru bagi tahun 2014 yang akan diadakan tidak lama lagi, Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan (KKGK) SK Taman Putra Perdana telah merancang untuk mengadakan program sesi bergambar antara murid bersama guru kegemaran masing-masing. Terdapat 2 saiz gambar yang boleh dipilih iaitu :

1. Saiz 4R, berharga RM 2.00
2. Saiz 6R, berharga RM 5.00

Bagi murid-murid yang berminat untuk merakam memori bersama dengan guru kesayangan masing-masing, sila buat pembayaran serta pendaftaran dahulu kepada Cikgu Arjunawati Ahmad Nuze dan Cikgu Nor Azura Mustafa bagi sesi pagi, Ustazah Wan Sarinah bagi sesi petang.

Setelah pembayaran dibuat, kupon akan diberikan. Kupon tersebut hendaklah disimpan dan dibawa bersama pada hari penggambaran yang akan ditetapkan kemudian (sebelum sambutan Hari Guru).

Akhir kata, kepada yang berminat silalah berhubung dengan guru yang telah dinyatakan di atas. Berikut adalah kupon yang akan diberikan setelah membuat pembayaran....



No comments:

Post a Comment