Monday, February 9, 2015

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-5 (Sesi Pagi)

1.0 Guru- guru Bertugas:
1. En. Srimahathevan (Ketua)
2. En. Kamarul
3. Pn. Rosmawati Md Desa
4. Pn. Noor Hayati
5. Pn. Faridatul Akmal
6. Pn. Maimunah Yob
7. Pn. Arjunawati 

Barisan guru bertugas

Atur cara:

1.1)  Nyanyian 
   Lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah

1.2)  Bacaan Doa                  

1.3)  Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalanraya
   Pn.Maimunah Yob
1.4)  Bacaan Ikrar Murid

2.0 Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas  - En. Hafiz B. Md Noor

2.1 Rehat - Murid perlu makan di kantin (di tempat yang telah disediakan - meja dan kerusi  
                kantin).

2.2 Waktu Balik Sekolah - Murid boleh mengayuh basikal dalam kawasan sekolah.
                                 - Perlu diingat bahawa ada murid yang berlumba-lumba dengan basikal di 
                                   dalam kawasan sekolah dan sikap ini perlu dijauhi demi keselamatan diri 
                                   sendiri.

3.0 Ucapan Guru Bertugas - Pn. Maimunah Bt. Yob

3.1 Memperkenalkan barisan guru bertugas pada minggu ini.

3.2 Perkataan LAWAD - Bahasa Melayu (Lendut - melengkung ke bawah)
                              - Bahasa Inggeris (Gracefully - style, beauty of movement)
                              - Bahasa Arab (Mua'limum - guru)

3.3 Tema minggu ini - Hormat Kepada Guru

3.3.1 Mentaati arahan guru, bimbingan dan nasihat yang disampaikan.

3.3.2 Dilarang membuat bising di dalam kelas semasa aktiviti pembelajaran berlangsung.

3.3.3 Angkat tangan ketika ingin bertanya soalan kepada guru di dalam kelas.

3.3.4 Beradab sopan ketika bercakap dengan guru dan tidak meninggikan suara kerana ia tidak
        membawa berkat.

3.3.5 Beri salam dan ucap selamat ketika berjumpa dengan guru.



4.0 Perlantikan Ketua dan Penolong Kelas 2015

4.1 Majlis perlantikan dan penyerahan watikah Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas Tahun 2015 
     disempurnakan oleh Pn. Hajah Rohaidah Mohd Ali (Guru Besar)




Majlis Watikah Perlantikan Ketua dan Penolong Kelas








































5.0 Ucapan Guru Penolong Kanan (Pn. Azizah Bt. Mokhlas)

5.1 Murid yang menaiki basikal harap jaga keselamatan (dari rumah ke sekolah dan sebaliknya).

5.2 Murid yang berbasikal diminta membeli dan menggunakan basikal yang sesuai.

5.3 Diingatkan kepada semua murid bahawa setiap hari Rabu aktiviti kokurikulum dijalankan dari
     pukul 2.00 - 4.00 petang. Semua murid WAJIB hadir aktiviti kokurikulum.

5.4 Sekiranya ada murid yang sakit, dibenarkan pulang hanya dengan kebenaran sah dari guru 
     disiplin sekolah (En. Shahrizal).

5.5 Murid diingatkan tentang latihan dan aktiviti merentas desa pada minggu ini.

5.6 Ucapan tahniah kepada murid yang dipilih sebagai ketua kelas dan penolong ketua kelas pada tahun ini.


Ucapan Guru Penolong Kanan Koku - Pn. Azizah

No comments:

Post a Comment