Monday, February 23, 2015

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-7 (Sesi Pagi)

Guru-guru bertugas:
1. Encik Ahmad Musrizuan bin Daud (Ketua)
2. Encik Mohd Rusydan bin Ismail
3. Puan Nor-Azura binti Mustafa
4. Puan Norliza binti Ali@Yasim
5. Puan Noor Azila binti Ngah
6. Puan Norinna binti Mohamed
7. Cik Nor Shuhada binti Mohd Noor

Laporan/Ulasan

1. Nyanyian, bacaan doa dan ikrar
  • Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah dipimpin oleh adik Husna Aqilah binti Afzanizan (6 Wira).
  • Bacaan doa diketuai oleh adik Fathul Akhbar bin Abu Bakar (6 Wira).
  • Bacaan ikrar Ruku Negara dan ikrar Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh Encik Ahmad Musrizuan bin Daud.
  • Bacaan ikrar Murid dipimpin oleh adik Iffah Firzanah binti Zulhazmi (6 Wira).
2. Laporan guru bertugas minggu lepas (Puan Nurzainon binti Mohd Razalli)
  • Semua murid perlu berdisiplin dengan tidak berbuat bising semasa berhimpun terutamanya perhimpunan selepas rehat di Dewan Perdana.
  • Meminta semua murid agar menjaga kebersihan di kantin sekolah. Pinggan dan cawan perlu diletakkan di tempat yang disediakan selepas digunakan. Sampah perlu dibuang ke dalam tong sampah.
  • Semua murid perlu beratur dari kelas menuju ke bilik-bilik khas.
  • Mengingatkan kepada murid yang sakit dari rumah supaya tidak perlu hadir ke sekolah.
Puan Nurzainon menyampaikan laporan guru bertugas
minggu lepas
3. Ucapan guru bertugas minggu ini (Encik Ahmad Musrizuan bin Daud)
  • Tema pada minggu ini adalah Hormat Kepada Rakan.
  • Membiasakan diri dengan memberi salam atau ucap selamat sesama rakan.
  • Menghargai perbezaan agama, latar belakang masyarakat dan budaya.
  • Menghargai idea, fikiran dan pendapat serta hak milik rakan sebaya.
  • LAWAD
    1. Bahasa Melayu - rejam bermakna lempar
    2. Bahasa Inggeris - coach bermakna jurulatih
    3. Bahasa Arab - kuubun bermakna gelas
    Ucapan guru bertugas minggu ini oleh
     Encik Ahmad Musrizuan
    4. Ucapan Guru Besar (Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali)
    • Memaklumkan kepada murid bahawa PKSR 1 akan dilaksanakan pada 3-5 Mac 2015 untuk murid tahap 2 sahaja. Beliau menasihatkan kepada semua murid agar mengulangkaji pelajaran sebagai persediaan menghadapi peperiksaan.
    • Memaklumkan bahawa Puan Salasiah binti Abd Razak, guru PPKI akan berpindah keluar dan berkhidmat di SK Jugra, Banting. 
    • Memperkenalkan guru-guru baharu di sekolah ini iaitu Puan Ranjini (sesi petang), Cik Norhayati (guru PPKI) dan Encik Fakhri (guru ganti Puan Arjunawati).
    Ucapan Guru Besar, Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali
    5. Sambutan Hari Lahir Murid bulan Februari 

    Puan Nurliza binti Ab Rahman selaku pengacara majlis
    Sambutan Hari Lahir Murid Bulan Februari
    Puan Hajah Rohaidah menyampaikan hadiah hari lahir
    Selamat Hari Lahir murid bulan Februari

    No comments:

    Post a Comment