Monday, February 23, 2015

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-7 (Sesi Petang)

Guru-guru bertugas:
1. Cik Noor Azlinda binti Kasmin (K)
2. Encik Saifullah bin Mat Saupi
3. Puan Hastipa @ Zaiton binti Mat Daud
4. Cik Zalina binti Ismail
5. Puan Salmi binti Amir
6. Puan Suhaizan binti Sukiman

Laporan/Ulasan

1. Nyanyian, bacaan doa dan ikrar
Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah dipimpin oleh Puan Salmi binti Amir.
Bacaan doa diketuai oleh adik Arif Arfan bin Abdul Razak (3 Surgeri).
Bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh Puan Hastipa @ Zaiton binti Mat Daud.
Bacaan ikrar murid dipimpin oleh adik Nur Anneesa binti Ab. Aziz (3 Surgeri).

2. Laporan guru bertugas minggu lepas (Puan Salmi binti Adnan)
Semua murid perlu memastikan wang yang dibawa ke sekolah disimpan dengan elok agar tidak tercicir terutama semasa hendak ke kantin.
Meminta semua murid agar menggunakan pintu pagar B sewaktu pulang setelah tamat waktu persekolahan kecuali murid-murid yang menggunakan basikal yang dibenarkan menggunakan pintu pagar A.

3. Ucapan guru bertugas minggu ini (Puan Hastipa @ Zaiton binti Mat Daud)
Tema pada minggu ini adalah Hormat Kepada Rakan.
Membiasakan diri dengan memberi salam atau ucap selamat sesama rakan.
Menghargai perbezaan agama, latar belakang masyarakat dan budaya.
Menghargai idea, fikiran dan pendapat serta hak milik rakan sebaya.
Membantu kawan-kawan yang berada dalam kesusahan.
Mengumumkan satu kutipan akan dijalankan pada minggu ini untuk mengisi tabung kanak-kanak spastik serta pengumuman tentang aktiviti kokurikulum yang akan berjalan seperti biasa pada hari Rabu ini iaitu aktiviti bagi kelab, persatuan dan permainan.

Ucapan guru bertugas, Pn Hastipa @ Zaiton bt. Mat Daud
4. Ucapan Penolong Kanan Petang (Puan Rosmah binti Jamat)
Menegur cara bacaan ikrar oleh murid yang kurang bersemangat.
Mengingatkan murid agar mengelakkan melakukan aktiviti luar rumah dan membanyakkan minum air masak dalam keadaan cuaca panas sekarang.

Ucapan Penolong Kanan Petang, Pn. Rosmah bt. Jamat
Murid-murid sedang mendengar ucapan guru-guru.

No comments:

Post a Comment