Monday, April 6, 2015

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-12 (Sesi Pagi)

Hari : Isnin
Tarikh : 6 April 2015
Masa : 7.30 – 8.00 pagi
Guru Bertugas :

1. Encik Hafiz  Md Noor
2. Puan Parimala Vengadaslam
3. Puan Norazian Mat Anuar
4. Puan Siti Masra Abdul Kadir
5. Puan Norsiah Mohd Noor
6. Puan Norziani Zubir
7. Puan  Nurulhuda Abdullah
8. Puan Noor Hanawati Alinda

LAPORAN / ULASAN :

1. Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar
  • Nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, dan Lagu Sekolah (dipimpin oleh adik Noor Aina Adlina - 6 Waja)
  • Bacaan doa oleh dipimpin oleh adik Fathul Akbar - 6 Waja
  • Bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh Puan Parimala Vengadaslam.
  • Bacaan ikrar murid dipimpin oleh adik Iffah Firzanah - 6 Wira
2.  Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Puan Norhana
    Perkara yang ditekankan, antaranya:
  • Kejohanan Sukan Sekolah kali ke-12 telah berlangsung dengan jayanya pada hari Sabtu 4 April 2015. Tahniah kepada murid dan guru atas kerjasama semua.
  • Murid diminta untuk sentiasa patuh pada peraturan sekolah dengan bergerak dalam laluan yang telah ditetapkan.
  • Murid diingatkan mengenai tempat turun kenderaan persendirian / awam yang telah ditetapkan (Pagar B). Mohon kerjasama ibu bapa / pemandu bas untuk berkerjasama dan mematuhi arahan tersebut bagi mengelakkan kesesakan dan menghindari perkara yang tidak diingini daripada berlaku. Murid juga diingatkan untuk tidak keluar masuk melalui laluan basikal.
3. Ucapan Guru Bertugas minggu ini : Puan Parimala Vengadaslam
  • Memperkenalkan barisan guru bertugas minggu ini.
  • Tema pada minggu ini : MENJAGA DAN MENYAYANGI HARTA BENDA   SEKOLAH
  • Menekankan kepentingan bagi seorang murid dalam menjaga peralatan yang ada di sekolah. Ini termasuklah peralatan sukan, kerusi meja di dalam kelas dan lain-lain lagi.
  • Murid juga diingatkan untuk tidak menconteng dinding-dinding sekolah bagi menjaga keindahan dan kebersihan dinding-dinding tersebut.
  • Murid harus faham tanggungjawab sebagai seorang warga SKTPP untuk memastikan kebersihan dan keceriaan di sekolah ada penting dalam menghasilkan  kawasan pembelajaran yang kondusif.
  • LAWAD :
        BM : menyusul / mengikuti
        BI :  atlet ( ahli sukan)
        B.ARAB : faramilaton (strawberi)

4. Sambungan Penyampaian Hadiah Kejohanan Sukan Sekolah Kali Ke-12 
    oleh Puan Noor Hayati Yusof & Puan Nurliza Abdul Rahman.
  • Puan Noor Hayati mengumumkan Anugerah Olahragawan dan Olahragawati Sekolah bagi sesi 2015.
  • Puan Hajjah Rohaidah bt Mohd Ali selaku Guru Besar SKTPP telah menyampaikan hadiah kepada pemenang.
       OLAHRAGAWAN 2015 : M. NABIL QAYYUM (RUMAH BIRU)
       OLAHRAGAWATI 2015: AMIRAH SYAZANA (RUMAH KUNING)
  • Keputusan dan penyampaian hadiah bagi khemah rumah sukan dan perbarisan rumah sukan adalah seperti berikut:
KHEMAH
1
2
3
4
5
MERAH
HIJAU
BIRU
JINGGA
KUNING

PERBARISAN
1
2
3
4
5
BIRU
MERAH
JINGGA
HIJAU
KUNING
  • Puan Nurliza mengumumkan juara keseluruhan bagi Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah iaitu:
JUARA
BIRU
NAIB JUARA
JINGGA
KETIGA
KUNING
KEEMPAT
MERAH
KELIMA
HIJAU
  • Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Semoga kemenangan tersebut dapat menjadi motivasi dan inspirasi kepada yang lain untuk bersaing dengan lebih bersemangat di masa akan datang.
    5. Taklimat Disiplin oleh Encik Shahrizal b. Ya’am
  • Peringatan dan amaran diberikan kepada murid-murid yang menunggang basikal ke sekolah agar mengunci basikal dan meletak basikal di tempat yang sepatutnya.
  •  Murid juga diingatkan untuk memastikan keadaan basikal berada dalam keadaan yang selamat untuk ditunggangi ke sekolah.
  • Makluman kepada murid-murid yang tidak mengunci basikal, untuk hadir berjumpa Cikgu Shahrizal sejurus perhimpunan tamat.
  • Spot Check’ berjadual yang sepatutnya dijalankan ditangguhkan bagi memberi peluang kepada murid-murid untuk memperbaiki kekemasan diri sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
6. Ucapan Puan Guru Besar - Puan Hajjah Rohaidah bt Mohd Ali
  • Puan Guru Besar mengucapkan sekalung tahniah kepada semua murid dan warga kerja SKTPP atas kejayaan menjalankan Kejohanan Sukan Tahunan SKTPP Kali ke-12 yang telah berlangsung pada Sabtu lepas.
  • Beliau memohon maaf bagi pihak sekolah atas segala kekurangan dan kelemahan sepanjang berlangsungnya kejohanan tersebut. Beliau turut memohon maaf kepada murid-murid dan ibu bapa atas kelewatan pengagihan baju sukan yang baru disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan.
  • Beliau memberi peringatan tegas kepada murid-murid yang menunggang basikal ke sekolah untuk lebih berhati-hati ketika dalam perjalanan ke sekolah dan juga ketika berada di dalam kawasan sekolah agar tidak berlaku kemalangan disebabkan kecuaian
  • Peringatan juga turut diberikan kepada murid yang masih belum melunaskan pembayaran Sumbangan PIBG sebanyak RM50.00 memandangkan pihak PIBG telah merangka banyak program-program dan aktiviti-aktiviti yang menarik untuk murid-murid SKTPP.
  • Makluman mengenai program yang akan berlangsung pada hari Sabtu bersamaan 11 April 2015 iaitu ceramah keibubapaan “Family On Alert” anjuran bersama PIBG, AADK dan JKM. Surat susulan berkenaan program akan diedarkan pada hari esok.
  • Turut memaklumkan mengenai pencapaian SKTPP dalam usaha menerajui Program PPDa sebagaimana yang diarahkan oleh KPM yang telah diiktiraf melalui penghargaan trofi dan sijil yang telah diterima oleh Puan Guru Besar minggu lepas (sila klik di sini). Antara pencapaian yang diterima adalah :
# Anugerah Pembangunan Bilik dan Laluan PPDa Terbaik Negeri Selangor 2014.
# Naib Johan Pertandingan Bilik Sumber PPDa Peringkat Negeri Selangor 2014.

Besar harapan Puan Guru Besar dengan adanya penghargaan ini dapat meningkatkan lagi usaha gigih murid dan guru khususnya dalam menjayakan dan mempergiatkan lagi penyebaran PPDa kepada semua murid dan seluruh warga SKTPP.

 Berikut gambar-gambar yang sempat dirakam :











Pialan-piala dan sijil-sijil kemenangan dalam Pertandingan Bilik Sumber PPDa peringkat Negeri Selangor 2014

Kami Benci Dadah!

Disediakan oleh:
Puan Norazian Mat Anuar

No comments:

Post a Comment