Monday, April 13, 2015

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-13 (Sesi Pagi)

Guru Bertugas :
1. Encik Srimahathevan
2. Puan Faridatul Akmal
3. Puan Rosmawati
4. Puan Maimunah
5. Encik Fakhri
6. Encik Kamarul
7. Puan Noor Hayati

LAPORAN / ULASAN :

1. Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar
Nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, dan Lagu Sekolah (dipimpin oleh adik Noor Aina Adlina - 6 Waja)
Bacaan doa oleh dipimpin oleh adik Fathul Akbar - 6 Waja
Bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh Puan Faridatul Akmal.
Bacaan ikrar murid dipimpin oleh adik Iffah Firzanah - 6 Wira

        
Guru dan Pengawas Bertugas
Murid sedang membaca ikrar

2.  Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Puan Siti Masrah
Perkara yang ditekankan, antaranya:
Pada masa rehat murid masih lagi tidak makan di kantin sebaliknya terdapat sampah plastik makanan di perkarangan sekolah terutama di dewan. Selain itu terdapat segelintir murid tidak  meletakkan pinggan makanan yang  telah digunakan di tempat yang disediakan malah terdapat pinggan dan bekas minuman yang berada di dalam longkang.
Murid diminta untuk sentiasa patuh pada peraturan sekolah dengan bergerak dalam laluan yang telah ditetapkan.

3. Ucapan Guru Bertugas minggu ini : Puan Faridatul Akmal
Memperkenalkan barisan guru bertugas minggu ini.

Barisan guru bertugas minggu ini

Tema pada minggu ini : KEPENTINGAN KITAR SEMULA
·         Menekankan kepentingan bagi seorang murid dalam menjaga alam sekitar bagi mengelakkan pencemaran alam sekitar. Bahan buangan seperti kaca, kertas dan plastik perlu dibuang di tempat yang telah ditetapkan.


·         Antara kepentingan  kitar semula ialah kita dapat mengelakkan pencemaran alam sekitar. Melalui program kitar semula, bahan-bahan buangan seperti kertas, kaca dan plastik akan dikumpulkan dan dihantar ke kilang kitar semula. Oleh itu, alam sekitar akan menjadi bersih kerana bahan buangan tidak dibuang sesuka hati ke dalam sungai, laut atau semak. Sesungguhnya, alam sekitar yang bersih akan menghindarkan kita daripada penyakit yang dibawa oleh nyamuk, lipas dan tikus.

·         Murid juga diingatkan dengan melakukan aktiviti kitar semula, kita juga dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Antara nilai-nilai murni tersebut ialah berjimat cermat, bertanggungjawab dan mencintai alam sekitar. Melalui amalan berjimat cermat, kita akan menggunakan bekas plastik sehingga rosak dan tidak membazir. Melalui amalan bertanggungjawab pula, kita akan mengitar semula barangan yang boleh dikitar semula dan tidak akan membuangnya ke dalam semak atau sungai.

·         Murid harus faham tanggungjawab sebagai seorang warga SKTPP untuk memastikan kebersihan dan keceriaan di sekolah adalah penting dalam menghasilkan  kawasan pembelajaran yang kondusif.

·         Aktiviti kitar semula wajar dijadikan program tahunan sekolah untuk memupuk amalan yang murni dalam diri murid-murid.

LAWAD :
        BM : Mengecap -  Merasa
        BI :  Ethnic - Kaum
        B.ARAB : Baiun – Penjual Lelaki

 4. Ucapan daripada Puan Azizah

Peringatan diberikan kepada murid-murid supaya menumpukan perhatiaan kepada pelajaran kerana Peperiksaan Pertengahan Tahun akan dijalankan tidak lama lagi.

 Semua murid juga diingatkan supaya belajar mendengar dan mengawal diri semasa sesi pembelajaran agar ilmu yang disampakan oleh guru dapat difahami oleh murid.

Murid Tahun 6 dinasihatkan supaya lebih menumpukan perhatian dalam pelajaran kerana banyak lagi peperiksaan akan dijalankan untuk Tahun 6 sebelum UPSR berlangsung.

Ucapan Guru Penolong Kanan Pn. Azizah Bt Mokhlas

Disediakan oleh:
En. Fakhri

No comments:

Post a Comment