Monday, April 27, 2015

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-15 (Sesi Pagi)

Hari : Isnin
Tarikh : 27 April 2015
Masa : 7.30 pagi hingga 8.00 pagi
Guru bertugas :
1. Encik Ahmad Musrizuan bin Daud
2. Encik Mohd Rusydan bin Ismail
3. Puan Noor Azila binti Ngah
4. Puan Norliza binti Ali@Yasim
5. Cik Norshuhada binti Mohd Nor
6. Puan Nor-Azura binti Mustafa
7. Puan Norinna binti Mohamed

Laporan/Ulasan

1. Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar
  • Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah dipimpin oleh adik Husna Aqilah binti Mohd Afzanizam (6 Wira).
  • Bacaan doa diketuai oleh adik Fathul Akhbar bin Abu Bakar (6 Wira).
  • Ikrar Rukun Negara Dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh Puan Noor Azila binti Ngah.
  • Ikrar Murid diketuai oleh adik Iffah Firzanah binti Zulhazmi (6 Wira).
2. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Puan Julaili binti Onian)
  • Menasihatkan kepada murid-murid agar beratur semasa membeli makanan dan minuman di kantin.
  • Mengingatkan murid-murid supaya sentiasa menjaga kebersihan kelas.
Puan Julaili menyampaikan laporan minggu lepas
  • Penyampaian hadiah bagi Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas :
          PPKI
          Pertama : Lenovo
          Kedua : Apple
          Ketiga : Dell
          
          Tahun 4
          Pertama : Neptun
          Kedua : Pluto
          Ketiga : Musytari

          Tahun 5
          Pertama : Zeta
          Kedua : Delta
          Ketiga : Omega

          Tahun 6
          Pertama : Waja
          Kedua : Myvi
          Ketiga : Wira


Tn Haji Ahmad Fuadi menyampaikan hadiah
Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas
3. Laporan Guru Bertugas Minggu Ini (Puan Noor Azila binti Ngah)
   
   Tema : Budaya Memberi Salam
  • Menasihatkan kepada semua murid agar membiasakan dan membudayakan amalan memberi salam kepada guru-guru, staf sokongan, pelawat dari luar dan sesama rakan.
  • Mengingatkan murid-murid bahawa budaya memberi salam bukan setakat di dalam kawasan sekolah sahaja bahkan turut perlu dijadikan amalan di luar sekolah, di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.
  • Perkataan LAWAD
  1. Bahasa Melayu - melungsur bermakna meluncur turun
  2. Bahasa Inggeris - always bermakna selalu
  3. Bahasa Arab - kabirun bermakna besar
Ucapan guru bertugas minggu ini oleh Puan Noor Azila

4. Info PPDa
  • Sahabat PPDa, adik Syamimi Faqihah binti Harun (6 Wira) telah memberi penerangan jenis-jenis dadah yang popular pada masa kini iaitu morfin. 


5. Penyampaian Sijil Pencapaian bagi Kejohanan Hoki MSSD Sepang
  • Sijil Pencapaian telah disampaikan oleh Tuan Haji Ahmad Fuadi bin Sarham, PK Pentadbiran
  • Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Hoki Perempuan kerana telah berjaya mendapat tempat ketiga.

Pasukan Hoki Sekolah (Perempuan)
6. Ucapan Pentadbir Sekolah (Puan Jamilah binti Arifin, PK HEM)
  • Menasihatkan kepada semua murid agar membawa air masak pada setiap hari. Beliau memohon agar guru-guru membenarkan murid-murid minum air di dalam kelas.
  • Murid diingatkan agar sentiasa menjaga kebersihan kelas, meja dan kerusi perlu sentiasa berada dalam keadaan yang tersusun. Kelas hendaklah dibersihkan pada waktu pertama dan waktu terakhir.
  • Mohon kepada semua murid untuk melengkapkan sudut mata pelajaran di kelas masing-masing dengan memaparkan hasil kerja mereka.
Ucapan PK HEM, Puan Jamilah

7. Sambutan Hari Lahir Guru dan Murid Bulan April

Selamat Hari Lahir Guru Bulan April
Puan Jamilah menyampaikan hadiah Hari Lahir kepada murid-murid
Selamat Hari Lahir Murid Bulan April

No comments:

Post a Comment