Monday, April 27, 2015

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-15 (Sesi Petang)

HARI        : Isnin
TARIKH     : 27 April 2015
MASA       : 1:20 - 1:50 petang

GURU BERTUGAS:

  1. Pn. Suhaizan binti Sukiman
  2. Pn. Hastipa @ Zaiton binti Mat Daud
  3. Pn. Salmi binti Amir
  4. En. Saifullah bin Mat Saufi
  5. Cik Zalina binti Ismail
  6. Cik Noor Azlinda binti Kasmin
LAPORAN / ULASAN:


Pengerusi majlis : Cik Zalina binti Ismail

1.  Perbarisan, Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar
  • Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah (dipimpin oleh Pn. Salmi binti Amir)
Puan Salmi memimpin nyanyian lagu-lagu kebangsaan
  • Bacaan doa oleh pengawas; Arif Arfan bin Abd. Razak (3 Surgeri)
Adik Arif Arfan meminpin bacaan doa
  • Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh Cik Zalina binti Ismail
Ikrar Rukun negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya
  • Ikrar Murid oleh Ketua Pengawas sesi petang, Nuraneesa binti Mohd Abdul Aziz.
Ketua Pengawas Sesi Petang

2.  Laporan guru bertugas minggu lepas (Pn. Azura Farina)


Laporan guru bertugas minggu lepas disampaikan oleh Pn Azura Farina
  • Murid dinasihatkan supaya menjaga hak milik peribadi dengan baik. Pastikan tidak tertukar beg dengan kawan-kawan dan peristiwa tertukar beg tidak berlaku lagi.
  • Menasihati semua murid supaya tidak bergurau keterlaluan sehingga boleh mengakibatkan kecederaan.
3.  Perkataan Lawad minggu ini:

  • Bahasa Melayu   : Melungsur - meluncur turun
  • Bahasa Inggeris  : Farm    - Ladang
  • Bahasa Arab       : Mandil  - sapu tangan
4.  Penyampaian Hadiah Pertandingan Kebersihan & Keceriaan Kelas

      Tahun 1 
  • Pertama - Titanium
  • Kedua - Ferum
  • Ketiga - Elektrum
Tahun 2
  • Pertama -Gambus
  • Kedua - Nafiri
  • Ketiga - Kompang
Tahun 3
  • Pertama - Surgeri
  • Kedua - Obstetrik
  • Ketiga - Anestesiologi


Guru bertugas minggu lepas memberikan hadiah kebersihan dan keceriaan kelas
5.  Tema minggu ini:  Memberi salam
  • Murid dinasihati untuk memberi salam apabila berjumpa dengan kawan-kawan, guru dan orang yang lebih dewasa. Mengucapkan salam adalah sunat dan menjawab salam adalah wajib.

6. Sahabat PPDa Adik Luqman Hakim telah menyampaikan maklumat apa itu dadah dan kesannya.



Perhimpunan tamat pada pukul 1:55 petang

No comments:

Post a Comment