Saturday, September 5, 2015

Kem Bestari Solat Tahun 1,2,3,4 & 5 Siri 1

Alhamdulillah Kem Bestari Solat Tahun 1,2,3,4 dan 5 siri 1 telah  dilaksanakan pada 05.09.2015 di bawah kelolaan Panitia Pendidikan Islam SKTPP. Kem kali ini melibatkan 682 orang murid dan 29 orang guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab terlibat sebagai fasilitator. Antara aktiviti yang dijalankan adalah teori wudhuk dan solat serta amali wudhuk dan solat secara berjemaah. Semoga kem ini dapat menjadi inspirasi kepada murid dalam meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang kewajipan solat. 

Antara gambar-gambar sepanjang program berlangsung: 

Sesi pendaftaran. taklimat dan agihan kumpulan

Penerangan fasilitator berkaitan wudhuk serta amali wudhuk

Murid makan di kantin sewaktu rehat


Amali solat secara berjemaah
Tahap 1: Dewan Perdana
Amali solat secara berjemaah
Tahap 2 : Dewan Putra



Disediakan oleh:
Nor Shuhada bt Mohd Noor

No comments:

Post a Comment