Thursday, September 3, 2015

Permohonan Kemasukan Murid ke Tingkatan 1 SAM, SAMT dan SABK

PERMOHONAN KEMASUKAN MURID KE TINGKATAN SATU (1) SEKOLAH AGAMA MENENGAH (SAM), SEKOLAH AGAMA MENENGAH TINGGI (SAMT)  / SABK NEGERI SELANGOR TAHUN 2016 .

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS) telah memutuskan bahawa proses permohonan kemasukan murid ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Agama Menengah (SAM), Sekolah Agama Menengah Tinggi (SAMT) / SABK Negeri Selangor Tahun 2016 akan dilaksanakan secara atas talian (online) melalui laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu www.moe.gov.my.

Permohonan atas talian (online) tersebut akan dibuka mulai :

01 September hingga 30 September 2015.

Syarat-syarat permohonan ada dilampirkan di bawah;

IBUBAPA / PENJAGA yang berminat perlu memohon melalui laman sesawang KPM tersebut.
 

Permohonan mestilah dibuat secara atas talian (online) sahaja. Pemohon juga hendaklah menyerahkan borang permohonan yang telah dicetak berserta semua dokumen sokongan yang telah disahkan kepada pihak sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) tempat pemohon sedang belajar.

Sebarang pertanyaan atau maklum balas, sila hubungi Bahagian Pendidikan Islam JAIS di talian 03 55143638.

Sekian, harap maklum.


Disediakan oleh,
Zailezah Bt Sardi
Penyelaras Unit Gemilang UPSR

No comments:

Post a Comment