Program selepas UPSR
dijalankan khusus untuk Tahun 6 supaya
murid-murid
Tahun 6 dapat mengisi masa
mereka dengan aktiviti-aktiviti berfaedah yang diaturkan oleh pihak sekolah.
Terdapat beberapa
program yang diaturkan
seperti Program Pengurusan
Diri Remaja, Program Persediaan
ke Sekolah Menengah dan Program Sukan & Permainan seperti Pertandingan Bola Jaring, Bola Sepak, Ujian SEGAK serta program khusus membabitkan subjek
bukan teras seperti
Latihan persembahan untuk
Hari Kanak-Kanak dan Hari Anugerah Cemerlang, ’Pertandingan
Treasure Hunt’ dan Pertandingan Melukis Poster Anti Dadah, Pertandingan mencanting
batik dan sebagainya.
2. MATLAMAT
Memenuhi masa murid-murid
Tahun 6 selepas UPSR dengan aktiviti yang berfaedah dan
berinformasi. Selain
daripada itu, program ini juga dapat meningkatkan keyakinan diri dalam kalangan murid-murid
sebelum mereka melangkah ke sekolah menengah.
3. OBJEKTIF
I) Melibatkan murid-murid dengan aktiviti yang
berfaedah dan menyihatkan.
II) Meningkatkan hubungan
silaturahim antara murid-murid Tahun 6 dan guru
Salah satu aktiviti yang dijalankan ialah mencanting batik.
Aktiviti mencanting batik telah dijalankan pada
23 Oktober 2015 (Jumaat). Aktiviti ini dapat memperlihatkan dan mencungkil bakat sedia ada murid di
samping memberi ilmu pengetahuan baru kepada murid mengenai mencanting batik.
Antara paparan aktiviti
yang sempat dirakam sewaktu aktiviti mencanting diadakan untuk murid-murid tahun
6 SKTPP...
Paparan semasa pertandingan mencanting batik dijalankan
Pemenang-pemenang mencanting batik
Antara hasil yang telah dihasilkan oleh murid-murid Tahun 6 SKTPP
Semoga dengan adanya aktiviti-aktiviti sebegini mampu memberi pengetahuan dan menambah kemahiran serta dapat mencungkil bakat sedia ada murid.
Disediakan oleh:
Norbaizura Nordin