Wednesday, April 13, 2016

Kursus Asas Kemahiran Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Tahun 2016

Tarikh   : 13 April 2016
Hari      : Rabu
Masa    : 1.30 - 4.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat
Anjuran: Unit Bimbingan dan Kaunseling & Unit Kokurikulum

Objektif Program :
  • Membentuk karakter serta sahsiah diri murid yang disenangi oleh warga sekolah
  • Mewujudkan suasana yang harmoni antara guru dan murid selaras dengan keperluan sekolah
  • Menimbulkan rasa dihargai dan diterima dalam kalangan murid
Program ini dijalankan kerana :
  • Ahli PRS perlu mempunyai kemahiran asas yang membolehkan mereka berinteraksi secara berkesan dengan rakan dan individu lain.
  • Ahli PRS perlu sentiasa berusaha meningkatkan diri dari pelbagai aspek.
  • Ahli PRS perlu dilengkapi dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk membantu rakan-rakan.
Sesi pendaftaran

AJK Pendaftaran


Antara peserta yang terlibat

Penceramah yang bergaya
          
             Kursus Asas Kemahiran Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ini  merupakan kursus yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling dan Unit Kokurikulum. Melalui program inidiharapkan ianya dapat membentuk barisan PRS yang terlatih untuk membantu rakan  dari segi akademik, perlakuan, emosi dan peribadi.

No comments:

Post a Comment