Wednesday, April 20, 2016

Kursus Asas Sahabat PPDa

Unit PPDa SK Taman Putra Perdana telah menganjurkan Kursus Asas Sahabat PPDa pada:

Tarikh / Hari : 20  April 2016 / Rabu
Masa : 2.00 - 4.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SKTPP
Sasaran : Sahabat PPDa Tahun 3, 4 dan 5
Penceramah : Tuan Hj. Aswandi B. Ahmad.

Alhamdulillah, kursus asas ini telah berjalan dengan lancar sekali. Kursus yang berfokuskan kepada asas komunikasi ini mampu memberi anjakan yang lebih cemerlang kepada semua Sahabat PPDa. Tuan penceramah telah membina keyakinan diri kepada Sahabat PPDa dengan menyampaikan tips komunikasi berkesan serta tatacara keterampilan dan adab yang betul. Semoga anak-anak murid terpilih sebagai Sahabat PPDa ini telah mendapat ilmu yang berguna dalam meningkatkan kemahiran berkomunikasi samada untuk kegunaan seharian maupun untuk digunakan semasa bertugas sebagai jurucakap di Bilik Sumber PPDa serta semasa ditanya berkaitan PPDa oleh para pelawat dan rakan-rakan.

Sesi perkenalan..
Tekun dan tenang semua sahabat PPPDa mendengar taklimat.
Tuan Penceramah menunjuk cara dan protokol komunikasi berkesan.
Jawab teka-teki..
Bersama Penceramah sebelum bersurai.. Kami Semua Benci DARVIH.
Terima kasih..Puan Rohaidah menyampaikan cenderamata kepada Tuan Penceramah.

Semoga program ini memberi kesan yang baik kepada semua Sahabat PPDa serta dapat mempraktikkan dengan sebaik-baiknya. Insha Allah.

Disediakan oleh,
Puan Norziani Zubir

No comments:

Post a Comment