Monday, April 4, 2016

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-13 (Sesi Petang)

Tarikh      : 4 April 2016
Hari         : Isnin
Masa       : 1.20 - 1.50 petang
Tempat    : Dewan Perdana SKTPP

Guru Bertugas

1. Pn. Salina binti Mohd Tasu
2. Pn. Azizah binti Ab Hamid
3. Pn. Norlida binti Othman
4. Pn. Junaidah binti Rus
5. Pn. Ranjiny A/P Rajah
6. En. Muhammad Saiffol bin Ngabiah

Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar

- Nyanyian tiga buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah di bawah pimpinan Puan Salmi binti Amir.
- Bacaan doa dipimpin oleh pengawas bertugas.
- Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh Puan Azizah.
- Bacaan ikrar murid dibaca oleh pengawas bertugas.

Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas Puan Maizara binti Mahat

- Disiplin pelajar pada minggu lepas memuaskan. Semoga murid-murid dapat mengekalkannya pada hari-hari seterusnya.
- Murid diminta menjaga kebersihan di Dataran Perhimpunan kerana terdapat banyak sampah sarap yang ditinggalkan selepas tamat perhimpunan. Menasihati murid supaya membuang sampah di dalam tong sampah yang telah disediakan di kawasan dewan tersebut.
- Terdapat segelintir murid-murid yang suka berlari. Akibatnya ada yang mengalami kecederaan pada anggota badan. Diharap murid hindarkan diri daripada sikap suka berlari pada masa-masa akan datang.

Penyampaian Hadiah Keceriaan Kelas

Tahun 1 -Tempat Pertama  : Intelek
                 Tempat Kedua    : Fokus
                 Tempat Ketiga    : Arif

Tahun 2 - Tempat Pertama  : Ferum
                 Tempat Kedua     : Platinum
                 Tempat Ketiga     : Uranium

Tahun 3 - Tempat Pertama  : Angklung
                 Tempat Kedua     : Kompang
                 Tempat Ketiga     : Nafiri

Ucapan Guru Bertugas

- Puan Azizah memperkenalkan barisan guru bertugas pada minggu ini.
- Tema Minggu Ini: Kepentingan Kitar Semula
  • Bahan-bahan yang boleh dikitar semula seperti plastik, tin, kaca, kotak dan kertas.
  • Buang bahan-bahan tersebut dalam tong sampah yang disediakan untuk dikitar semula.
  • Penggunaan semula bahan terbuang boleh elakkan berlakunya pembaziran.
  • Murid-murid boleh menjana pendapatan melalui bahan-bahan kitar semula. 

 - Perkataan Lawat Bahasa Melayu : Menglunsur - meluncur turun.
 - Pemberitahuan Kokurikulum : pada hari Rabu ini hanya untuk Kelab Persatuaan sahaja Kelab. Permainan dibatalkan kerana cuaca panas yang tidak mengizinkan aktiviti luar.

Ucapan Guru Penolong Kanan Petang

- Meminta murid menyebut semula apa yang telah dimaklumkan oleh guru bertugas minggu lepas iaitu Puan Maizara. Kebersihan di dewan perhimpunan tidak memuaskan. Banyak kertas dan plastik berterabur di dewan tersebut. Murid diingatkan supaya menggunakan tong sampah yang disediakan.
- Puan Rosmah juga meminta murid supaya tidak berlari kerana apabila berlari murid-murid akan berlaga antara satu sama lain dan mengakibatkan kecederaan seperti yang berlaku pada minggu lepas.
- Murid-murid juga diminta supaya tidak perlu hadir ke sekolah sekiranya demam atau sakit kerana boleh menyusahkan guru-guru bertugas untuk menguruskan murid dan menyusahkan diri sendiri.

Barisan guru bertugas pada minggu in
Puan Azizah selaku pengerusi majlis perhimpunan 
Pn. Maizara menyampaikan laporan guru bertugas pada minggu lepas
Tempat Pertama Keceriaan Kelas Tahun 1
Tempat Pertama Keceriaan Kelas Tahun 2 
Tempat Pertama Keceriaan Kelas Tahun 3
Ucapan Penolong Kanan Petang, Pn. Rosmah bt Jamat

No comments:

Post a Comment