Tuesday, April 12, 2016

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-14 (Sesi Petang)

Tarikh      : 11 April 2016
Hari         :  Isnin
Masa       : 1.20 - 1.50 petang
Tempat    : Dewan Perdana SKTPP

Guru Bertugas

1. Pn. Yani bt Mohammad Sharif
2. Pn. Rozimah bt Yaakob
3. Pn. Ummu A'thiah bt Haji Hashim
4. Pn. Norazmira bt Kadirun
5. En. Afandi bin Mat Zain
6. En. Abdul hafiz bin Abdul Halil

Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar

- Nyanyian tiga buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah.
- Bacaan doa oleh adik Syahmi Wafiq.
- Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh Puan Rozimah.
- Bacaan Ikrar murid dipimpin oleh adik Alif Qawiem.

Penyampaian Hadiah Keceriaan Kelas

Tahun 1 - Tempat Pertama  : Fokus
                 Tempat Kedua     : Intelek
                 Tempat Ketiga     : Cerdik

Tahun 2 - Tempat Pertama  : Ferum
                 Tempat Kedua     : Platinum
                 Tempat Ketiga     : Elektrum

Tahun 3 - Tempat Pertama  : Nafiri
                 Tempat Kedua     : Kompang
                 Tempat Ketiga     : Angklung

Ucapan Guru Bertugas

1. Puan Rozimah memperkenalkan barisan guru bertugas pada minggu ini.
2. Tema Minggu Ini: Kepentingan Sarapan
  • Sarapan pagi penting kerana merupakan sumber pertama untuk memulakan hari.
  • Pengambilan sarapan membekalkan tenaga untuk melakukan aktiviti pada waktu pagi.
  • Murid yang bersarapan lebih cergas, peka dan fokus terhadap pelajaran di dalam kelas.
  • Oleh itu, murid-murid diingatkan untuk mengambil sarapan setiap pagi untuk menjamin kecergasan tubuh badan dan kecerdasan minda.
 3. Perkataan Lawad:
  •  Bahasa Melayu  : Merobohkan
  •  Bahasa Inggeris : Pretty
  •  Bahasa Arab      : Kursiyun
  4. Pemberitahuan Kokurikulum pada hari Rabu ini untuk Unit Berunifom.

Berikut adalah gambar-gambar yang dirakam sepanjang majlis perhimpunan:

Barisan guru bertugas minggu ke-14
Pemenang-pemenang tempat pertama bagi keceriaan kelas Tahun 1, 2 dan 3

Puan Rozimah selaku pengerusi majlis perhimpunan

Gambar-gambar sepanjang majlis perhimpunan berlangsung

Disediakan oleh:
Puan Norazmira binti Kadirun

No comments:

Post a Comment