Friday, April 22, 2016

Majlis Lambaian Budi Kilauan Kasih Tuan Hj.Ahmad Fuadi bin Sarham @ Mohd Dahlan PK Pentadbiran SKTPP (Sesi Pagi)

Pada 22 April 2016 (Jumaat), bertempat di Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana telah diadakan Majlis Lambaian Budi Kilauan Kasih bagi meraikan insan yang dihormati lagi disanjungi iaitu Tn Hj. Ahmad Fuadi bin Sarham @ Mohd Dahlan, PK Pentadbiran yang telah dinaikkan pangkat sebagai Guru Besar di SK Methodist, Klang. Beliau mula bertugas di SKTPP bermula 16.2.2012 sebagai PK Kokurikulum dan pada 15.4.2014, beliau telah dilantik sebagai PK Pentadbiran.

Tujuan majlis ini diadakan adalah bagi memperingati jasa-jasa beliau dalam menjanakan khidmat dan mentadbir sekolah dengan begitu cemerlang. Pelbagai acara telah diatur bagi meraikan majlis ini supaya ianya akan menjadi memori indah kepada Tn Hj Ahmad Fuadi. 
Serangkap pantun khas buat yang diraikan;

        Yang indah itu pertemuan,
            Yang manis itu kemesraan,
        Yang pahit itu perpisahan,
            Yang tinggal hanyalah  kenangan.

Antara gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang majlis berlangsung.


Pentas indah yang disediakan bagi meraikan majlis perpisahan Cikgu Fuadi
Tn Hj Ahmad Fuadi yang sentiasa tenang.
Barisan Pentadbir SKTPP
Murid-murid begitu tekun memberi tumpuan mendengar ucapan.
Bergambar kenangan sebelum berarak ke dewan.

SKTPP benci DARVIH.
Perarakan bermula ke Dewan Perdana 



Senyuman manis dua pengacara majlis yang bersiap sedia memulakan majlis
Bacaan doa diketuai oleh Ustaz Mahadir bin Midun
Ucapan wakil pelajar, Asyraf Aqasha (6 Zeta)
Deklamasi sajak oleh Alia Fariha.
Ucapan Pn Hjh. Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar SKTPP
Ucapan dan amanat akhir daripada Tn. Hj. Ahmad Fuadi
Wajah yang sentiasa tenang dan ceria.



Penyampaian cenderamata daripada KKGK yang disampaikan oleh En Musrizuan.
Cenderamata daripada wakil PIBG.
Pn Hamizah menyampaikan cenderamata daripada guru-guru PPKI.
Pn Asmawati, wakil Panitia Sains menyampaikan cenderamata.
Persembahan murid-murid dari Kelab Muzik yang dibimbing oleh Pn Astina.




Bergambar kenang-kenangan  bersama guru-guru sesi pagi.
Bergambar bersama murid-murid prasekolah SKTPP.
Perarakan menaiki kereta sebagai simbolik lambaian budi kilauan kasih.

Lambaian akhir sebelum perpisahan.

             
Buat Tn Hj. Ahmad Fuadi, semoga sentiasa maju jaya dan lebih cemerlang di tempat baharu. Harapan kami jua, semoga Tn. Hj sentiasa bersemangat dalam menjalankan tugas demi agama, bangsa dan negara.

No comments:

Post a Comment