Sunday, April 24, 2016

Majlis Taklimat Program The Champion 2016

Tarikh  : 23 April 2016
Hari     : Sabtu
Masa   : 8.30pg - 12.30 pg
Tempat: Dewan Perdana SKTPP

              Unit Bimbingan & Kaunseling, Unit Gemilang UPSR dan PIBG SKTPP telah  melaksanakan salah satu daripada Program The Champion SKTPP iaitu majlis Taklimat Program The Champion. Majlis ini bertujuan untuk menyampaikan beberapa maklumat mengenai program The Champion khususnya kepada ibubapa pelajar-pelajar yang terpilih. Seramai 50 murid Tahun 6 yang dipilih berdasarkan pencapaian tertinggi dalam ujian PKSR 1 2016 yang lepas. 
             Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mahadir. Ucapan disampaikan oleh YDP PIBG;  Tn. Hj. Khairul Azhar b Mohammad Suffian,  Guru Besar SKTPP; Pn. Rohaidah bt. Mohd Ali dan juga Penyelaras  Tahun 6; Pn. Zailezah bt. Sardi. Di samping itu wakil dari iCerdik iaitu En. P.Shaan turut menyampaikan taklimat mengenai sistem pembelajaran online iCerdik kepada ibubapa dan pelajar. 
          Akhir sekali, taklimat disampaikan oleh Pn. Juli bt. Mahbah selaku Penyelaras Program The Champion SKTPP. Terdapat beberapa maklumat penting yang telah disampaikan kepada ibubapa dan pelajar tersebut. Pn Juli juga telah membuat pembahagian kumpulan Champion iaitu sebanyak 10 kumpulan yang akan dipantau oleh beberapa orang guru. Sebelum majlis ini berakhir, semua ibubapa dan murid berada dalam kumpulan masing-masing untuk berbincang mengenai aktiviti pembelajaran pelajar ketika di luar waktu sekolah. 
         Semoga majlis ini dapat mencapai objektif yang diharapkan oleh pihak sekolah iaitu kejayaan dan kecemerlangan UPSR 2016.
  " SKTPP Benci DARVIH"

Pendaftaran dan buku program
Sesi ucapan dan taklimat

Guru besar Pn Rohaidah dan YDP PIBG  dengan  ibubapa dan pelajar The Champion khusyuk mendengar taklimat

Sesi LDK / perbincangan kumpulan Champion
Sesi bergambar


Disediakan oleh : Nurzainon bt Mohd Razalli

No comments:

Post a Comment