Friday, November 11, 2016

Program Pengurusan Jenazah (Tahun 6)

Alhamdulillah, syukur atas limpah kurniaNya memberi ruang dan peluang untuk sama-sama mempelajari ilmu fardhu kifayah ini.
Program Pengurusan Jenazah ini telah dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam SKTPP. Program khas ini diadakan bukan sahaja memberi peluang kepada semua murid lelaki dan perempuan Tahun 6 selepas Peperiksaan UPSR, malah guru-guru juga turut menyertai program yang penuh manfaat ini. Program ini telah diadakan pada:
Hari / Tarikh : Jumaat / 11 November 2016.
Masa               : 8.00 pagi - 10.30 pagi.
Tempat           : Dewan Putra SKTPP.
Penceramah  : Ustaz Mahadir Midun
                         : Ustazah Norhamizah Hamzah

Program ini sangat bermanfaat, pengisian yang sangat padat dengan ilmu yang berguna ini dimulai dengan ilmu secara teori dan diikuti secara praktikal. Ia bermula dari penyediaan alatan mandi dan kapan, praktikal mandi jenazah, mengkapankan jenazah dan solat jenazah. Tambah menarik, di akhir slot, Ustaz Zurilazman menyediakan tayangan drama pendek yang dapat memberi kesedaran dan keinsafan dalam diri murid-murid.

Teruja..Murid- murid menonton tayangan drama pendek penuh emosi.

Peralatan memandikan dan mengkapankan jenazah.



Urusetia Program membantu proses mengkapankan jenazah.

Ustaz Mahadir menerangkan cara memandikan jenazah.

Amali Solat Jenazah


Krew Program Pengurusan Jenazah bersama model jenazah.

Ustazah Hamizah menerangkan secara praktikal mengkapankan jenazah.

Sayu..menghayati pemergian ke alam abadi.

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ

Setiap yang berjiwa pasti akan merasakan mati, dan Kami menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai satu fitnah (ujian), dan hanya kepada Kami lah kamu akan dikembalikan.” (Al-Anbiya`: 35)

Semoga Program Pengurusan Jenazah ini dapat memberi manfaat yang berguna kepada murid- murid.

Disediakan oleh,
Ustazah Norziani Zubir

No comments:

Post a Comment