Monday, February 6, 2017

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-6 (Sesi Petang)

Tarikh                   : 6 Februari 2017
Hari                      : Isnin
Masa                    : 1.20 Petang - 1.50 Petang
Tempat                 : Dewan Perdana
Pengacara Majlis : Puan Azizah Binti Abd Hamid


Guru Bertugas :
1. En. Muhammad Saiffol Bin Ngabiah
2. Pn. Azizah Binti Abd Hamid
3. Pn. Salina Binti Mohd Tasu
4. Pn Hasliza Bt Said
5. Pn. Ranjiny A/P Rajah
6. Pn. Noorayuni Binti Ab.Fatah

Laporan/Ulasan

1. Perhimpunan sesi petang dimulai dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah yang dipimpin oleh Pn. Salmi Binti Amir.

2. Perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa dan Ikrar Murid di bawah pimpinan adik Mohd Shafiq Ahnaf Bin Mohd Kamarol Hisham.

3. Bacaan Ikrar Rukunegara dan Ikrar Keselamatan dipimpin oleh Pn. Azizah Binti Abd Hamid.

4. Laporan guru bertugas minggu ke-5 disampaikan oleh En. Abdul Hafiz Bin Abdul Halil.

i) Budaya Memberi Salam.
Murid dinasihatkan agar mengamalkan budaya memberi salam ketika berjumpa dengan guru.

ii) Disiplin
Disiplin murid amat membimbangkan terutama ketika waktu rehat. Murid diingatkan agar tidak berlari serta menolak semasa turun tangga untuk menuju ke kantin.

iii) Dataran Perhimpunan adalah kawasan larangan.
Murid diingatkan agar tidak melintas di Dataran Perhimpunan. En Abdul Hafiz menerangkan semula kepada semua murid bahawa Dataran Perhimpunan adalah kawasan larangan.

5. Memperkenalkan barisan guru bertugas.

6. Tema minggu ini :

Kebersihan Bilik Darjah. 
Guru bertugas memaklumkan bahawa pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas akan bermula pada minggu ini. Semua murid dinasihatkan agar dapat bersama-sama menjaga kebersihan dan meningkatkan keceriaan kelas masing-masing.

7. Pengumuman
i) Aktiviti Kokurikulum (Unit Beruniform) berjalan seperti biasa.

Perhimpunan rasmi minggu ke-6 tamat pada jam 1.50 Petang.

Bacaan Doa 

Laporan Guru Bertugas Minggu ke-5

Barisan Guru Bertugas Minggu Ke-6

Laporan Disediakan Oleh,
Salina Binti Mohd Tasu.

No comments:

Post a Comment