Monday, February 20, 2017

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-8 (Sesi Petang)


Tarikh                   : 20 Februari 2017
Hari                      : Isnin
Masa                    : 1.20 Petang - 1.50 Petang
Tempat                 : Dewan Perdana
Pengacara Majlis : Puan Rozimah binti Yaakob

Guru Bertugas :
1. En. Mohd Izwan bin Mohd Jowahar
2. Pn. Ummu A'thiah binti Haji Hashim
3. Pn. Rozimah binti Yaakob
4. Pn. Norazmira binti Kadirun
5. Pn. Nashirah binti Taib
6. Pn. Rabihah binti Amirudin

Laporan/Ulasan

1. Perhimpunan sesi petang dimulai dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah yang dipimpin oleh Pn. Salmi Binti Amir.

2. Perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa dan Ikrar Murid di bawah pimpinan adik Mohd Shafiq Ahnaf Bin Mohd Kamarol Hisham.

3. Bacaan Ikrar Rukunegara dan Ikrar Keselamatan dipimpin oleh Pn. Rozimah binti Yaakob.

4. Bacaan Ikrar Murid dipimpin oleh adik Nurhasya Sofea binti  Zuraidi.

5. Laporan guru bertugas minggu ke-7 disampaikan oleh En. Noorhisyam bin Mohd Nor.
  • Terdapat beberapa kes kecederaan yang berlaku pada minggu lepas. Oleh itu, murid dinasihatkan agar mengutamakan keselamatan diri.
  • Murid diingatkan agar tidak berlari semasa berada di kawasan sekolah terutamanya pada waktu rehat.
  • Murid juga diingatkan agar tidak bergurau berlebih-lebihan sesama rakan untuk mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini.
  • Murid dinasihatkan agar berhati-hati  menuruni tangga semasa waktu rehat dan waktu balik.
    Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas
6. Ucapan guru bertugas minggu ke-8 disampaikan oleh Puan Rozimah binti Yaakob.

    i)  Memperkenalkan barisan guru bertugas.  
Barisan Guru Bertugas Minggu Ini

   
ii) Tema minggu ini : Adab Terhadap Kawan
 
  • Kita hendaklah menghulurkan bantuan kepada kawan yang memerlukan dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan.
  • Jangan memburukkan seseorang kawan di hadapan kawan-kawan lain. Jika kita membuka aib kawan kelak Allah s.w.t akan membuka aib kita di akhirat.
  • Jangan cemburu dengan kejayaan kawan-kawan. Cemburu membuta tuli akan menimbulkan hasad dengki. Sebaliknya, cemburulah dengan kejayaannya dan berusahalah untuk mencapai kejayaan yang serupa.
  • Jangan mengejek kawan dengan menggunakan panggilan yang tidak disukai. Hormat sesama kawan.
  • Apabila ingin menggunakan barang kepunyaan kawan, mintalah izin kepada mereka dahulu.
  • Kita hendaklah saling menasihati sesama kawan untuk melakukan kebaikan dan menjauhi sebarang bentuk kejahatan.  
  
    iii) Perkataan LAWAD minggu ini:
  • Bahasa Melayu - Menempuhi
  • Bahasa Inggeris - Good Evening
  • Bahasa Arab - Sodron
     
Ucapan Guru Bertugas Minggu Ke-8
   iv) Pengumuman Keputusan Kebersihan dan Keceriaan Kelas Minggu Ke-7

           Tahun 1 
           Pertama - Ibnu Bajjah
           Kedua - Ibnu Battuta
           Ketiga - Ibnu Khaldun
Pemenang Keceriaan Kelas Tahun 1

           Tahun 2
           Pertama - Jujur
           Kedua - Arif
           Ketiga - Dedikasi
 
Pemenang Keceriaan Kelas Tahun 2
           Tahun 3
           Pertama -Elektrum
           Kedua - Vanadium
           Ketiga - Titanium
 
Pemenang Keceriaan Kelas Tahun 3
    v) Pengumuman
  •  Latihan sukan akan bermula pada esok hari setiap hari. Murid perlu memakai pakaian sukan dari rumah.  Latihan bermula pada pukul 4.40 petang sehingga 6.40 petang.
7. Majlis Perasmian Pelancaran Jaulah Imtiyaz bagi tahun 2017

Sekitar Majlis Pelancaran Jaulah Imtiyaz 2017
Perhimpunan rasmi dan Majlis Pelancaran Jaulah Imtiyaz tamat pada pukul 2.40 petang.

Laporan disediakan oleh; 
Pn Norazmira binti Kadirun

No comments:

Post a Comment