Monday, February 27, 2017

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-9 (Sesi Pagi) 2017

Tarikh: 27 Februari 2017
Hari: Isnin
Masa: 7.30 pagi
Tempat: Dewan Perdana
Pengacara Majlis: Pn Nurliza Bt Ab Rahman

Guru Bertugas:
1. Cik Roslinda Bt Mansor
2. En Mahadir Bin Midun
3. Pn Nurliza Bt Ab Rahman
4. Pn Noriza Bt Md Nor
5. Pn Nor Shuhada Bt Mohd Noor
6. Pn Norasmawati Bt Omar
7. Pn Rafidah Bt Salleh
8. Pn Juli Bt Mahbah
9. Pn Faridatul Aini Bt Alias
  • Nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah
  • Bacaan Doa
  • Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya 
  • Bacaan Ikrar Murid
Pengacara Majlis - Amirah Qistina Bt Azmi

Konduktor lagu oleh Hanis Syafiqah Bt Mohd Rashidi

Bacaan Doa oleh Muhammad Nur Rusyaidi Bin Bakri

Bacaan Ikrar Rukun Negara oleh Ustaz Mahadir bin Midun

Bacaan Ikrar Murid oleh Amirah Syazana Bt Samsuri
Laporan Bertugas Minggu Lepas (Minggu 8) - Pn Rosmawati Bt Md.Desa
1. Semua murid diingatkan supaya sentiasa menjaga wang dan barang yang dibawa ke sekolah bagi mengelakkan dari tercicir.
2. Murid-murid diminta menjaga kesihatan supaya tidak mudah sakit. Sekiranya sakit, perlulah berjumpa doktor untuk mendapatkan ubat dan cuti sakit.

Pn Rosmawati Bt Md.Desa
Pengumuman Keputusan kebersihan Kelas:
PPKI:
Pertama: Archery
Kedua: Aquatics
Ketiga: Petanque

Tahun 4:
Pertama: Nafiri
Kedua: Kompang
Ketiga: Canang

Tahun 5:
Pertama: Respiratori
Kedua: Surgeri
Ketiga: Hematologi

Tahun 6:
Pertama: Neptun
Kedua: Marikh
Ketiga: Zuhrah





Ucapan Guru Bertugas Mingguan - Pn Nurliza bt Ab Rahman


  • Pengacara Majlis memperkenalkan guru-guru bertugas dari Kumpulan A 
Barisan Guru Bertugas
Tema minggu ini: Sayangi Buku Teks
-Semua murid perlu menjaga buku teks yang dipinjamkan oleh pihak sekolah dengan baik dengan cara;
1. Membalut buku teks
2. Baik pulih buku teks yang telah koyak
-Semua murid perlu bersiap sedia untuk pulangkan buku teks sebelum cuti persekolahan akhir tahun.
-Sayangi buku teks dengan membawa buku-buku tersebut mengikut jadual ke sekolah.

Perkataan LAWAD Mingguan:
Bahasa Melayu - Hingar bingar
Bahasa Inggeris - Wheel
Bahasa Arab - Al Hiwayatu

Murid mencatat perkataan LAWAD
Barisan pentadbir SKTPP

Barisan Guru SKTPP

Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah Kejohanan Ping pong MSSS
Nama pemenang: Nur Alin Syazani Bt Mohd Radhi - 5 Respiratori
Naib Johan (Kategori Bukan Cina)
Tarikh: 21-23 Februari 2017
Tempat: SMK Bandar Rinching, Hulu Langat


Ucapan PK Hal Ehwal Murid - Pn Rosmah Bt Jamat

1. Pada Sabtu ini, 4 Mac 2017 sekolah akan mengadakan Kejohanan Sukan Olahraga Tahunan buat kali ke-14. Semua murid diingatkan supaya menjaga keselamatan. Juga semua murid perlu bersungguh-sungguh semasa membuat latihan.
2. Semua murid juga diminta bersungguh-sungguh membuat ulangkaji pelajaran sebagai persediaan ujian PKSR 1 pada minggu hadapan
3. Semua murid dingatkan tentang disiplin ketika keluar kelas, perlu berbaris dan menutup suis kipas dan lampu. Hadir awal ke sekolah adalah tanggungjawab murid serta ibu bapa/penjaga murid masing-masing. Pengawas bertugas akan menulis nama murid yang hadir lewat.

No comments:

Post a Comment