Monday, February 27, 2017

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-9 (Sesi Petang)

Tarikh: 27 Februari 2017
Hari: Isnin
Masa: 1.20 tengah hari
Tempat: Dewan Perdana
Pengacara Majlis: Pn Yani binti Mohammad Sharif

Guru Bertugas:
1. Encik Afandi bin Mat Zain
2. Puan Fadhilah binti Talib
3. Puan Norazah binti Mohd Ali
4. Puan Siti Maziah binti Muhamad Tajuddin
5. Puan Nor Maziah binti Abd Malek
6. Cik Siti Maryam binti Jamaludin

Laporan/Ulasan

1. Perhimpunan sesi petang dimulai dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah yang dipimpin oleh Puan Salmi binti Amir.

2. Perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa dan Ikrar Murid di bawah pimpinan adik Mohd Shafiq Ahnaf Bin Mohd Kamarol Hisham.
Ikrar Rukunegara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya

3. Bacaan Ikrar Rukunegara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh Puan Yani binti Mohammad Sharif.
Ikrar Murid

4. Bacaan Ikrar Murid dipimpin oleh Ketua Pengawas Sesi Petang, adik Nurhasya Sofea binti Zuraidi
Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas

5. Laporan guru bertugas minggu ke-8 disampaikan oleh Puan Norazmira binti Kadirun.
  • Terdapat beberapa kes kecederaan yang berlaku pada minggu lepas. Murid-murid berlari ketika latihan sukan dijalankan.
  • Murid diingatkan agar tidak berlari semasa latihan sukan dan sentiasa berada di bawah kawalan guru rumah sukan untuk mengelakkan sebarang kecederaan berlaku.
  • Murid juga diingatkan agar tidak berada di kawasan larangan ketika waktu rehat seperti di gelanggang badminton.
6. Ucapan guru bertugas minggu ke-9 disampaikan oleh Puan Yani binti Mohammad Sharif.

i) Memperkenalkan barisan guru bertugas.

Guru-guru bertugas pada minggu ini (Tiada dalam gambar: Encik Afandi)

ii) Tema minggu ini : Sayangi Buku Teks
  • Buku teks adalah hak kerajaan. Murid-murid perlu menjaga buku teks supaya tidak hilang.
  • Buku teks yang hilang perlu diganti semula pada akhir tahun nanti.
  • Buku teks tersebut akan digunakan oleh murid lain pada tahun hadapan.
  • Jadikan buku teks sebagai teman akrab dan bawa ke sekolah ikut jadual waktu kelas.
iii) Perkataan LAWAD minggu ini:

Bahasa Melayu - Merentasi (Maksud: melalui, menempuh)
Bahasa Inggeris - Good night (Maksud: selamat malam)
Bahasa Arab - Rijlun (Maksud: kaki)

iv) Pengumuman Keputusan Kebersihan dan Keceriaan Kelas Minggu Ke-8


Tahun 1
Pertama - Ibnu Khaldun
Kedua - Ibnu Bajjah
Ketiga - Al Khawarizmi


Tahun 2
Pertama - Dedikasi
Kedua - Jujur
Ketiga - Intelek


Tahun 3
Pertama - Titanium
Kedua - Elektrum
Ketiga - Vanadium

v) Pengumuman
Latihan sukan akan bermula pada pukul 3.50 petang sepanjang minggu ini.

Perhimpunan tamat pada pukul 2.10 petang.

No comments:

Post a Comment