Pages

Wednesday, May 31, 2017

Mesyuarat Penyelarasan Kakitangan

Kesempatan cuti sekolah selama 2 minggu ini, Mesyuarat Penyelarasan Kakitangan Bil. 1 / 2017 telah diadakan bersama semua staf kerajaan yang melibatkan pihak pentadbir, KPT, PT, PO dan PPM. Tujuan mesyuarat adalah untuk menyelaraskan tugas dan jadual kerja setiap staf serta membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan kerja-kerja seharian serta arahan-arahan semasa. Terima kasih atas kehadiran dan kerjasama semua staf / kakitangan.
   Selain daripada guru, staf merupakan front line dan cermin kepada sesebuah sekolah. Justeru peranan semua kakitangan dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan amatlah penting. Kakitangan di pejabat ibarat penyambut tetamu sesebuah sekolah. Maka setiap kakitangan perlu menunjukkan mutu kerja yang cemerlang bagi menghadapi pelanggan, ibu bapa dan pegawai atasan. Alhamdulillah atas layanan dan kesabaran yang ditunjukkan selama ini. Teruskan kecemerlangan tersebut demi meningkatkan imej dan nama baik sekolah.




Friday, May 26, 2017

Salam Ramadan

Selamat Menyambut Bulan Ramadan buat semua murid, ibu bapa / penjaga dan guru-guru / staf serta seluruh warga SKTPP. Semoga Ramadan kali ini dapat meningkat ketaqwaan kita kepadaNya...
#Selamat Berpuasa
#Selamat Bercuti Sekolah



Thursday, May 25, 2017

Program Mentor Mentee Bulan Mei 2017

Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada barisan pentadbir, jawatankuasa Unit Guru Penyayang, semua mentor dan mentee kerana telah menjayakan Program Mentor Mentee pada bulan Mei ini. Seperti biasa mentor menggunakan Modul Mentor Mentee semasa menjalankan perjumpaan dengan mentee.

Tahun 4:
Tajuk: Pengurusan Diri
Objektif: Pada akhir aktiviti mentee dapat:
1. Menguruskan diri dengan baik
2. Menjaga kebersihan diri
3. Menyayangi diri sendiri

Tahun 5:
Tajuk: Kebolehan Diri
Objektif: Pada akhir aktiviti mentee dapat:
1. Menyebut kebolehan dan potensi diri
2. Menyebut kebolehan dan potensi rakan

Tahun 6:
Tajuk: Aku Boleh
Objektif: Pada akhir aktiviti mentee dapat:
1. Menyenaraikan kebolehan dan kelemahan diri
2. Mengetahui cara-cara untuk meningkatkan kebolehan diri serta membaiki kelemahan diri













Wednesday, May 24, 2017

Waktu Persekolahan Dalam bulan Ramadhan 2017/1438H

Dimaklumkan bahawa ibadah puasa akan bermula pada 27 Mei 2017 hingga 24 Jun 2017. Jadual waktu sesi pagi sepanjang bulan puasa berjalan seperti biasa (tiada perubahan). Manakala persekolahan sesi petang pada bulan puasa akan ditamatkan lebih awal. Waktu persekolahan sesi petang sepanjang bulan Ramadan ini adalah seperti berikut;

                
HARI
              MASA
ISNIN –
KHAMIS
JUMAAT
1
1.20 – 1.40

2
1.40 – 2.00
3
2.00 - 2.20
2.20 – 2.40
4
2.20 - 2.40
2.40 – 3.05
REHAT
2.40 – 3.00
3.05 – 3.25
6
3.00 – 3.25
3.50 – 4.15
7
3.25 – 3.50
4.15 – 4.40
8
3.50 – 4.15
4.40 – 5.05
9
4.15 – 4.40
5.05 – 5.30
10
4.40 – 5.05

11
5.05 – 5.30

  • Waktu balik murid Moral adalah seperti berikut:

TAHUN
HARI
MASA
Tahun 1
Isnin dan Rabu
5.05
Tahun 2
Rabu dan Jumaat
5.05
Tahun 3
Isnin dan Jumaat
5.05

  • Hari-hari yang lain murid-murid Moral akan balik seperti biasa.
  • Aktiviti kokurikulum dibatalkan sepanjang bulan Ramadhan.
  • Surat makluman telah diedarkan kepada murid.

Rujukan : Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan (15) Tahun 2013.
 “WAKTU PERSEKOLAHAN DALAM BULAN RAMADHAN”

“CEMERLANG TANPA DARVIH”

Monday, May 22, 2017

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-20 (Sesi Pagi)

Tarikh : 22 Mei 2017
Hari : Isnin
Masa : 7:30 pg – 7:45 pg
Tempat : Dataran Perdana

Guru Bertugas :
Noor Hayati binti Yusof
Ahmad Musrizuan bin Daud
Nurhayati binti Mohamed Nor
Norazian binti Mat Anuar
Siti Rabiah binti Mohammad
Julaili binti Onian
Visva Vilasini a/p Koppal @ Goppal
Nik Kamisah binti Abd Aziz

Laporan
1. Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah  telah dipimpin oleh Hanis Syafiqah binti Mohd Rashidi (6 Zuhrah).
2. Bacaan doa diketuai oleh Muhammad Nur Rusyaidi bin Bakri (6 Zuhrah).

Perhimpunan ditangguhkan kerana Peperiksaan Pertengahan Tahun sedang dijalankan.



Saturday, May 20, 2017

Kelas Tambahan Tahun 6 Semasa Cuti Pertengahan Tahun 2017

Kelas Tambahan Tahun 6
semasa cuti pertengahan tahun 2017 akan diadakan selama empat hari seperti ketetapan berikut :




Friday, May 19, 2017

Ashraf Terbaik

Hari ini pasukan Ashraf mengejutkan pasukan Naib Juara tahun lalu (Parit Jawa) yang sebelum ini tidak pernah kalah. Lebih manis lagi apabila pada game kali ni Ashraf dipilih sebagai ketua pasukan atas faktor pengalamannya.
Keputusan : Kuala Langat menewaskan Parit Jawa dengan 148 run berbalas 105 run..
Lokasi : Kajang Oval (Kajang High School)
Game yang sengit hingga over yang terakhir. Tahniah Ashraf!
Esok perlawanan separuh akhir di Bayuemas Oval. All the best Ashraf!



Sumbangan Cenderahati PPD Buat Ashraf

Pagi tadi En. Aziyan; Penyelia Sukan PPD Sepang telah datang ke sekolah mewakili Tuan Ketua PPD Sepang bagi menyampaikan buah tangan buat Ashraf atas kejayaan mewakili Sepang dan Selangor pada Kejohanan Kriket MSSM baru-baru ini. Terima kasih buat PPD atas penghargaan ini..

En. Aziyan bersama para pentadbir

Ole-ole PPD buat Ashraf yang sangat bermakna

Banner penghargaan Ashraf tempoh hari

Laporan majlis penghargaan Ashraf di sini.
Laporan Kejohanan Kriket MSSM di sini dan di sini.

Thursday, May 18, 2017

Tahniah Bola Sepak Naib Johan MSSD

Pasukan bola sepak SKTPP bersama-sama 23 sekolah lain telah menyertai Kejohanan Bola Sepak MSSD Sepang yang berlangsung pada 15 - 18 Mei 2017 di SK Kota Warisan dan SK Kg. Baharu Lanjut. Alhamdulillah SKTPP telah melayakkan diri ke pusingan separuh akhir dan akhir yang diadakan di SK Kota Warisan.
   Alhamdulillah SKTPP telah menjadi Naib Juara dalam kejohanan tersebut setelah tewas kepada SK Desa Pinggiran Putra. Tahniah buat para pemain dan jurulatih!



GB bersama pemain simpanan






GB dan PK Koku; En. Shahrizal

GB bersama pegawai PPD Sepang; En. Nor Azlan dan En. Aziyan








Guru-guru SKTPP bersama GB SKDPP; En. Sukimin dan guru bola sepak SKDPP; Cikgu Hazim

Wednesday, May 17, 2017

Kejohanan Bola Jaring MSSD Sepang.

Kejohanan Bola Jaring Daerah Sepang telah diadakan pada :
Tarikh: 17 Mei 2017
Hari: Rabu
Masa: 8.30 pagi - 5.00 petang.
Tempat: Dewan Serbaguna Kuarters KLIA, Bandar Enstek, Nilai.
Guru Pengiring: Pn. Zailezah Sardi
                             Pn. Faridatul Aini Alias
                             Pn. Nornadzirah Abdul Rahim.

Seramai 16 orang murid perempuan terdiri daripada murid tahun 4, 5 dan 6 telah mewakili pasukan sekolah.
Pasukan SKTPP telah menyertai beberapa pusingan perlawanan seperti berikut:

SKTPP vs SKCY
SKTPP vs SKJ
SKTPP vs SKBBST
SKTPP vs SKBB

Tahniah buat pasukan SKTPP kerana telah memenangi beberapa pusingan kalah mati ini. Walaubagaimanapun semangat pasukan SKTPP semakin luntur apabila dibenamkan oleh pasukan SKCY. Pasukan SKTPP meneruskan perjuangan dengan penuh semangat namun tidak berpeluang mara ke perlawanan separuh akhir.

Tahniah Pasukan Bola Jaring SKTPP! Pengalaman berharga untuk anak- anak SKTPP.







Hip hip horey...
Teruskan usaha. Usah kecewa.
Kegagalan adalah suatu usaha untuk menempa kejayaan pada masa akan datang.
Tahniah Pasukan Bola Jaring SKTPP!

Disediakan oleh,
Puan Norziani Zubir.