Betapa banyaknya program sekolah sepanjang tahun 2017 sehingga penuh softboard di bilik Guru Besar dipenuhi dengan buku-buku program hasil kreativiti guru-guru. Ia merupakan koleksi yang akan menjadi memori serta eviden betapa guru-guru dan warga sekolah sangat rajin lagi komited dalam melaksanakan tugas serta amanah demi meningkatkan pendidikan anak-anak murid...
Pages
▼
Thursday, November 30, 2017
Mesyuarat Kakitangan
Mesyuarat Kakitangan Sekolah termasuk pekerja pembersihan swasta telah diadakan dengan penuh semangat kekeluargaan. Terima kasih banyak khususnya kepada pekerja swasta sekolah yang banyak membantu pentadbir serta guru-guru sekolah dalam meningkatkan kebersihan. Peranan "cleaner" dalam melancarkan program-program yang dianjurkan oleh pihak sekolah tidak dapat disangkal lagi. Pihak sekolah sangat terhutang budi dengan semua pekerja yang dianggap seperti adik-beradik.
Terima kasih juga kepada staf yang merupakan tulang belakang utama sekolah. Mereka berjaya melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan penuh komitmen walaupun kapasiti murid, guru dan fizikal sekolah sangat besar.
Alhamdulillah mesyuarat telah memberi ruang kepada semua kakitangan berkongsi pendapat serta membincangkan masalah dalam suasana pemuafakatan yang jitu. Semoga SKTPP akan terus berjaya dan gemilang hasil kesatuan dan kesungguhan semua warga...

Wednesday, November 29, 2017
Saturday, November 25, 2017
Lawatan Penghayatan Alam ke Taman Sekitar Putrajaya
Pada 25 November 2017 (Sabtu) yang lalu, Unit Peningkatan UPSR telah mengadakan lawatan sambil belajar dengan tema "Penghayatan Alam" dengan menjelajah ke Taman Botani, Taman Wetlands dan Taman Warisan Pertanian di Putrajaya. Aktiviti yang berbentuk riadah ini amat menyeronokkan di samping menyihatkan badan yang kepenatan bekerja seharian bagi guru-guru dan bagi murid mula dapat menghilangkan tekanan setelah berhempas pulas belajar untuk peperiksaan UPSR.
Terdapat 42 orang murid terlibat sebagai peserta dalam lawatan tersebut, manakala 8 orang guru adalah sebagai fasilitator
Antara guru yang terlibat ialah :
1. Pn Norasmawati bt Omar
2. Cik Roslinda bt Mansor
3. Pn Noriza bt Mohd Nor
4. Pn Mazzaini bt Muda
5. Pn Nor Azura bt Mustafa
6. Pn Norliza bt Ali
7. Pn Norhana bt Nordin
8. Pn Junaidah bt Rus
Aktiviti bermula jam 7.30 - 8.00 pagi (pendaftaran peserta), bas bergerak kira-kira jam 8.00 pagi ke Taman Botani. Di sana peserta mendapat taklimat tentang aktiviti yang akan dijalankan antaranya mencari 20 jenis pokok dan nama saintifiknya, melakar tumbuhan yang disukai serta mencari nama saintifiknya, membuat pemerhatian tentang jenis haiwan yang terdapat di Taman Botani. Peserta dibahagikan kepada 7 kumpulan. Setiap ahli kumpulan mempunyai peranan masing-masing bagi mencari keserasian antara mereka. Aktiviti berakhir dengan pembentangan dari setiap kumpulan.
Pada pukul 10.30 pagi bas membawa peserta ke Taman Wetlands. Di sana peserta berpeluang menaiki menara setinggi 80 meter. Ini bertujuan untuk menambah keyakinan diri dan semangat waja dalam diri peserta. Kemudian mereka dibawa untuk melihat keindahan tasik yang terdapat pelbagai spesis milky stork dan flamingo yang bermigrasi dari kawasan sejuk ke kawasan panas. Mereka juga berpeluang untuk masuk ke Pusat Interaktif Penghayatan Alam di Taman Wetlands dan menjalani pelbagai aktiviti hand off dan mind off di dalamnya. Kira-kira jam 12.00 tengahari peserta menikmati makanan tengah hari.
Pada jam 1.00 petang peserta dibawa menaiki bas ke Masjid Putra untuk menunaikan solat Zohor berjemaah. Jam 2.30 bas bergerak ke destinasi yang terakhir iaitu Taman Warisan Pertanian. Peserta disambut mesra oleh kakitangan yang bertugas. Petugas memulakan dengan sesi taklimat ringkas berkaitan pokok-pokok yang terdapat di taman tersebut. Peserta juga turut didedahkan dengan cara-cara menoreh getah, memproses susu getah untuk menjadi kepingan-kepingan yang biasanya dijual untuk pengilang. Akhir sekali peserta dapat merasa buah-buahan yang terdapat di taman tersebut.
Aktiviti berakhir jam 5.00 petang dan bas membawa peserta pulang ke SKTPP. Semoga pengalaman manis ini sentiasa menjadi ingatan pada para peserta yang terlibat.

Sebahagian peserta yang terlibat dalam lawatan penghayatan alam bergambar di Taman Botani |
Penerangan tentang buah ciku oleh Pegawai Pertanian yang bertugas. |
Pusat Interaktif Taman Wetlands, Putrajaya |
Pembuatan susu cair getah yang dijadikan kepingan simulasi dijalankan oleh En Safwan. |
Ice breaking yang dijalankan di Taman Botani |
Hari Orientasi Murid Tahun 1 2018
Hari Orientasi Murid Tahun 1 ini telah diadakan pada 25 November 2017 bersamaan hari Sabtu, bermula jam 7.30 pagi (pendaftaran) dan tamat sekitar 1.00 petang. Taklimat
khas untuk ibu bapa diadakan di Dewan Perdana. Manakala Ujian Diagnostik
bertempat di kelas-kelas khas yang disediakan bermula dari kelas A sehingga kelas J.
Program Orientasi ini adalah untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tadika atau prasekolah termasuk murid-murid PPKI yang bakal melangkah ke tahun 1 2018. Ujian Diagnostik dijalankan untuk mengenal pasti kebolehan murid-murid dalam menguasai 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul). Sekaligus memberi peluang kepada murid-murid ini untuk menerokai dan memberi gambaran yang positif untuk sesi persekolahan pada bulan Januari 2018 kelak.
Objektif :
- Mengenal pasti tahap kebolehan murid dalam 4M.
- Murid-murid boleh mengenali bilik dajah, bilik-bilik khas dan peraturan sekolah.
- Membiasakan murid-murid dengan persekitaran sekolah.
- Mendedahkan ibu bapa/penjaga tentang keperluan anak-anak sebelum memasuki Tahun 1
- Menyampaikan maklumat-maklumat penting daripada Guru Besar, pentadbir, YDP PIBG serta penceramah jemputan untuk tindakan ibu bapa / penjaga
Atur Cara program :-
Maklumat Program Transisi:-
Program Transisi ini dijalankan selama tiga minggu
sahaja bermula dari 5 Januari hingga 25 Januari 2018.
Program
Transisi ini juga bertujuan untuk membantu murid menghadapi perubahan di dalam
keadaan transisi dari pendidikan tidak formal di tadika ke pendidikan formal di
Tahun Satu sekolah rendah. Sepanjang aktiviti ini dijalankan disediakan aktiviti pengajaran
dan pembelajarannya sendiri yang menepati kehendak Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Melalui program ini diharapkan agar murid merasa
seronok untuk belajar sambil bermain serta dapat
mengenali
tempat belajarnya. Tak kenal maka tak cinta, maka dalam program ini
murid akan didedahkan dengan kawasan persekitaran sekolah, peraturan-peraturan
dan disiplin sekolah, mengenali guru-guru, rakan-rakan, budaya sekolah dan
tatacara menghormati guru-guru, rakan-rakan dan orang-orang yang lebih tua.
Maklumat Program LINUS:-
Akronim kepada perkataan LI (Literasi), NU (Numerasi)
dan S (Screening – Saringan) yang bermaksud Program Saringan
Literasi dan Numerasi.
Program Literasi dan Numerasi (LINUS) mula dilaksanakan mulai 2010 di seluruh negara. Program LINUS adalah
bertujuan memastikan semua murid Tahun 1 hingga Tahun 3 dapat menguasai kemahiran asas literasi (membaca dan menulis) dan numerasi
(mengira). Pelaksanaan
program LINUS ini merupakan sebahagian daripada NKRA Kementerian Pendidikan Malaysia.
Program LINUS ini terbahagi kepada dua aspek utama iaitu :
- LITERASI — Bahagian ini memberi penekanan dalam aspek bahasa yang perlu dikuasai oleh murid Tahun 1. Keutamaan adalah dalam aspek membaca dan menulis.
- NUMERASI — Bahagian ini memberi penekanan kepada Matematik yang perlu dikuasai oleh murid Tahun 1. Keutamaan adalah dalam aspek mengira.
Maklumat Disiplin:-
1. Pakaian Seragam Sekolah
Murid lelaki
- Kemeja putih berlengan pendek.
- Seluar panjang berwarna biru tua.
- Tali pinggang berwarna biru tua / hitam.
Murid perempuan
- Blaus pendek berlengan pendek, berwarna putih dan pinafore / skirt berwarna biru tua.
- Pelajar Islam dibenarkan memakai baju kurung berwarna putih kosong dan dibutang di bahagian leher.
- Tudung kepala berwarna putih.
- Kerongsang tidak dibenarkan dipakai di sekolah.
2. Sarung Kaki / Stoking
- Berwarna putih dan mestilah menutup buku lali.
3. Kasut
- Kasut berwarna putih dan bersih.
4. Rambut
- Dilarang mewarnakan rambut dan berambut fesyen ke sekolah.
Murid lelaki
- Dilarang sama sekali berambut panjang
- Rambut hadapan tidak menutup dahi, belakang tidak mencecah kolar baju, di sisi tidak melebihi pertengahan cuping telinga.
- Sentiasa bersikat rapi dan kemas.
Murid perempuan
- Murid yang berambut panjang mestilah diikat dengan kemas dan rapi.
- Reben, cekak dan getah rambut hanya berwarna putih, biru gelap dan hitam sahaja.
5. Kuku
- Kuku mestilah dipotong pendek dan bersih.
- Dilarang mengecat kuku termasuk berinai.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada murid-murid yang bakal
menjejaki Tahun 1 2018 yang telah hadir dengan jayanya mengikuti program
Orientasi. Semoga dengan aktiviti yang telah dijalankan dapat memberi semangat
baharu dan keyakinan yang tinggi kepada murid-murid untuk bersekolah pada sesi
persekolahan tahun hadapan.