Friday, August 3, 2018

Kuliah Ilmu Siri 3

Kuliah Ilmu siri ke-3 di surau hari ini dihadiri lebih ramai warga sekolah yg berkesempatan dan berkelapangan. Tahniah buat Pn. Mazzaini yg telah mencetuskan idea ini dan diurus selanjutnya oleh Panitia Pendidikan Islam SKTPP. Meskipun masa yg diperuntukkan singkat iaitu jam 12.00 - 12.30 tengah hari selepas sesi persekolahan sesi pagi namun ia sangat bermakna buat kami. Bak kata ustaz Zurilazman Abdullah - penceramah hari ini, biarpun pada peringkat awal niat kita menghadiri majlis ilmu ini berbagai-bagai, namun Insyaa Allah lama-kelamaan akan datang keikhlasan dalam diri kita semuanya kerana Allah... Semoga kita akan lebih istiqomah.
  Terima kasih juga buat Ustaz Mahadir - penceramah Kuliah Ilmu siri 1 dan 2 yang lepas.







No comments:

Post a Comment