Monday, August 13, 2018

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-30 (Sesi Petang)

Tarikh                   : 13 Ogos 2018             
Hari                       : Isnin             
Masa                     : 1.20 Petang - 2.10 Petang
Tempat                 : Dewan Perdana
Pengacara Majlis : Puan Nor Azian Binti Ahmad

Guru Bertugas :-
  1. Encik Rusmami Bin Rusli
  2. Puan Salina Binti Mohd Tasu
  3. Puan Ummu Athiah Binti Hashim
  4. Puan Nor Rafini Binti Othman
  5. Puan Nor Azian Binti Ahmad
  6. Puan Ranjiny A/P Rajah
  7. Puan Shurhama Binti Ahmad
Laporan
  1. Perhimpuan sesi petang dimulai dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah. Nyanyian lagu tersebut adalah di bawah pimpinan Puan Salmi Binti Amir.
  2. Perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh adik Rayyan Hayy Bin Zunaizan.
  3. Bacaan Ikrar Rukunegara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh Puan Nor Azian Binti Ahmad. 
  4. Seterusnya adalah bacaan Ikrar Murid yang dipimpin oleh adik Damia Batrisyia Binti Ibrahim.
Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas
  1. Laporan disampaikan oleh Puan Salmi Binti Amir selaku wakil guru bertugas minggu lepas. 
  2. Antara perkara yang ditegaskan adalah :-
  • Keberadaan murid semasa waktu rehat.  
  • Semua murid diingatkan agar berada di kantin semasa waktu rehat. Bilik darjah serta dataran perhimpunan adalah kawasan larangan semasa waktu rehat.
  • Murid juga diminta beratur untuk bacaan doa selepas makan sebelum boleh beredar ke kelas masing-masing mengikut guru mata pelajaran.
Penyampaian Hadiah Keceriaan Kelas

Tahun 1
Tempat Pertama : 1 Neffos
Tempat Kedua    : 1 Lenovo
Tempat Ketiga    : 1 Samsung

Tahun 2
Tenpat Pertama  : 2 Ibnu Batuta
Tempat Kedua    : 2 Ibnu Khaldun
Tempat Ketiga    : 2 Al-Farabi

Tahun 3
Tempat Pertama  : 3 Harmoni
Tempat Kedua     : 3 Jujur
Tempat Ketiga     : 3 Intelek

Pelancaran Minggu Sains 2018
  1. Bermula pada 13 Ogos 2018 sehingga 17 Ogos 2018 akan berlangsung Minggu Sains di bawah kelolaan Panitia Sains SK  Taman Putra Perdana.
  2. Sains adalah satu bidang ilmu sejagat yang wajar diberi perhatian oleh semua pihak terutama guru Sains bagi menjamin kejayaan murid, baik dalam bidang akademik mahupun dalam kehidupan seharian.
  3. Antara aktiviti sepanjang Minggu Sains untuk murid tahap 1 adalah :- 
  • Pertandingan Mewarna Poster Sains - Tahun 1
  • Pertandingan Melukis dan Melabelkan (Tema Haiwan) - Tahun 2
  • Pertandingan Teka Silang Kata - Tahun 3
  • Pertandingan Bercerita Sains - Kategori Terbuka

Ucapan Guru Besar
  1. Majlis diteruskan dengan menjemput Guru Besar SK Taman Putra Perdana iaitu Puan Hajah Rohaidah Binti Mohd Ali untuk memberikan ucapan serta merasmikan Minggu Sains 2018.
  2. Antara intipati ucapan beliau adalah menghubungkaitkan sains dengan kehidupan seharian kita. 
  3. Beliau berharap lebih ramai murid akan meminati subjek Sains dan semoga dengan adanya Minggu Sains ini, lebih ramai lagi saintis akan dilahirkan pada masa depan. 
Perhimpunan rasmi minggu ke-30 tamat pada jam 2.10 petang.

Puan Nor Azian selaku Pengerusi Majlis

Nyanyian Lagu Negaraku di bawah pimpinan Puan Salmi Amir

Bacaan doa

Bacaan Ikrar Murid

Barisan Guru Bertugas

Johan Keceriaan Kelas Tahun 1

Johan Keceriaan Kelas Tahun 2

Johan Keceriaan Kelas Tahun 3

Gambar-Gambar Sekitar Majlis Pelancaran Minggu Sains 2018


Bahan-Bahan Yang Digunakan Sebagai Gimik Pelancaran



Barisan Guru-Guru Mata Pelajaran Sains Bersama Pentadbir

Sekian, terima Kasih.

Laporan disediakan oleh:
Puan Salina Binti Mohd Tasu

No comments:

Post a Comment