Monday, August 27, 2018

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-31 (Sesi Petang)

Hari     : Isnin
Tarikh  : 27 Ogos 2018
Masa    : 1.20 - 1.50 petang
Tempat : Dewan Perdana

Guru Bertugas

1. Mohd Hadri bin Ag. Idris (Ketua)
2. Saifullah bin Mat Saupi
3. Nur Affiqah bt Ahmad Subian
4. Nornadzirah bt Abd. Rahim
5. Nashirah bt Taib
6. Azizah bt Abd Hamid
7. Norazah bt Ali

Laporan / Ulasan 

1. Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu Lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah serta diikuti bacaan doa oleh adik Rayyan Hayy.

2. Lafaz Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh pengacara majlis pada minggu ini, Puan Azizah bt Abd Hamid. Kemudian lafaz ikrar murid dipimpin oleh Ketua Murid, Damia Batrisyia bt Ibrahim.

Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Pn. Nor Azian bt Ahmad)

1. Disiplin murid sepanjang minggu lepas pada tahap memuaskan.

2. Antara perkara yang ditegaskan ialah :
    - memastikan kelas dijaga dan sentiasa bersih
    - jangan membuang sampah di bawah meja
    - jangan berlari terutamanya ketika waktu rehat untuk mengelakkan kecederaan

Penyampaian Hadiah Keceriaan Kelas

Penyampaian hadiah keceriaan kelas disampaikan oleh Puan Jumilah bt Ahmad;

Tahun 1

Pertama : Neffos
Kedua     : Sony
Ketiga     : Lenovo

Tahun 2

Pertama  : Ibnu Thufail
Kedua      : Al Biruni
Ketiga      : Ibnu Battuta

Tahun 3

Pertama  : Harmoni
Kedua      : Jujur
Ketiga      : Intelek

Ucapan Guru Bertugas

1) Memperkenalkan guru-guru bertugas pada minggu ini

Barisan guru-guru yang bertugas pada minggu ini

2) Tema pada minggu ini ialah Saya Anak Malaysia
  • Sehingga hari ini, Malaysia telah ditubuhkan selama 61 tahun
  • Perdana Menteri Malaysia yang pertama ialah Tunku Abdul Rahman yang juga memperjuangkan  penubuhan Malaysia
  • Usaha dan kegigihan Tun Abdul Razak dan rakan-rakannya membolehkan kita hidup dengan    tenang dan aman tanpa penjajah hingga ke hari ini
  • Sambutan kemerdekaan dijalankan bagi mengingati perjuangan pejuang-pejuang negara membebaskan negara daripada penjajah komunis

3) Perkataan lawad

    Bahasa Melayu   : Mengendong
    Bahasa Inggeris  : Smile       - senyum
    Bahasa Arab       : Musjidun - masjid


Ucapan oleh Puan Nik Rosmaliza tentang Sambutan Hari Kemerdekaan

Pelancaran Sambutan Hari Kemerdekaan (Sesi Petang)

Tarikh : 30 Ogos 2018
Masa   : 1.20 - 2.00 petang

Beberapa perkara disampaikan oleh Puan Nik Rosmaliza. Antaranya :
  1. Murid-murid diminta membawa bendera pada hari Pelancaran Sambutan Hari Kemerdekaan
  2. Pertandingan yang akan diadakan: Pertandingan pakaian tradisional kemerdekaan untuk Tahun 1, Pertandingan menari untuk Tahun 2 dan Koir lagu kemerdekaan Tahun 3
  3. Pertandingan Tahun 1 akan diadakan selepas Majlis Pelancaran Sambutan Hari Kemerdekaan manakala pertandingan Tahun 2 dan 3 akan diadakan pada minggu berikutnya.
Ucapan oleh Puan Nik Rosmaliza
Penyampaian Hadiah Pertandingan Mewarna Kelab Beruniform Pengakap

Puan Yani telah mengumumkan 5 pemenang ahli kelab beruniform pengakap bagi pertandingan mewarna yang telah dijalankan pada minggu lepas. Hadiah telah disampaikan oleh Puan Jumilah bt Ahmad. 

Pemenang-pemenang pertandingan mewarna:






Ucapan PK Petang (Puan Jumilah bt Ahmad)

  • Hari Jumaat ini (31.8.3018) merupakan cuti umum sempena Hari Kebangsaan
  • Beliau mengingatkan murid-murid agar menjaga tingkah laku tidak kira di dalam atau luar bilik darjah
  • Memberi salam kepada guru-guru atau pelawat
  • Menjaga kebersihan kelas sepanjang masa
  • Tidak mengubah susunan meja dan kerusi terutamanya kelas-kelas Tahun 2 dan 3 untuk Peperiksaan Percubaan UPSR sesi pagi

    Ucapan oleh PK Petang (Puan Jumilah)

Disediakan oleh,
Nur Affiqah bt Ahmad Subian

No comments:

Post a Comment