Wednesday, August 15, 2018

Majlis Anugerah PPDa Peringkat Negeri Selangor Tahun 2018

Alhamdulillah.... Syukur...
Sekali lagi, SK Taman Putra Perdana berjaya di peringkat negeri Selangor.
Dua anugerah yang diterima oleh Guru Besar dan Sahabat PPDa merupakan pengiktirafan yang tiada tolok bandingnya. Terima kasih JPS.

Tahniah kepada Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali di atas "Anugerah Komitmen Sepanjang Zaman 2017/2018" yang diterima dan tahniah kepada team Sahabat PPDa SKTPP atas penganugerahan "Pengawas PPDa Cemerlang Peringkat Negeri Selangor 2017/2018". Anugerah-anugerah tersebut telah diterima semasa Majlis Anugerah PPDa dan Pertandingan Video Kreatif GPSBestari - MKJR yang berlangsung di Karangkraf, Shah Alam. 

Anugerah ini sempena komitmen murid, guru, ibu bapa & warga sekolah yang menjadi tulang belakang kecemerlangan PPDa. Semoga dengan apa yang diterima pada hari ini akan menyuntik lebih lagi semangat dalam membanteras gejala DARVIH.

Buku program yang menarik!!
Majlis dirasmikan oleh YBM Senator Dato Raja Kamarul Bahrin Shah (Timbalan Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan)
Alhamdulillah... Tahniah Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali di atas penganugerahan "Komitmen Sepanjang Zaman"


Bersama Tuan Hj Mohd Ghazali (Pen. Pengarah PPDa, JPN Selangor) dan Cik Rohaya (Pegawai PPDa PPD Sepang)

Tahniah !! 

"Anugerah Komitmen Sepanjang Zaman"

Sijil Pencapaian

"Anugerah Pengawas PPDa Cemerlang"

Bergambar kenangan semasa majlis berlangsung

Sesi soal jawab

Tahniah Puan!!

Slot "Wacana Ilmu" Sinar turut mengisi acara

Eh... Ameng Spring

Ahli panel turut menyokong SKTPP Benci DARVIH
Perkongsian yang menarik daripada barisan ahli panel yang hebat

No comments:

Post a Comment