Wednesday, August 29, 2018

Majlis Perasmian Bilik Bitara Kriket SK Taman Putra Perdana

Majlis Perasmian Bilik Bitara Kriket SKTPP telah disempurnakan oleh YB Adhif Syan Abdullah (Ahli Dewan Negeri Dengkil) pada 29 Ogos 2018 dengan penuh gilang gemilang. Turut hadir ialah En. Aziyan b. Abu Bakar; Penyelia Sukan PPD Sepang, Presiden Persatuan Kriket Selangor, Pengetua SMK Putra Perdana, Guru Besar SK Pulau Meranti, Guru Besar SJK(C) Sin Ming, YDP PIBG SKTPP, NYDP PIBG SKTPP, AJK SRCC serta ibu bapa yang berkelapangan.
 Diharapkan semoga majlis perasmian bilik bitara kriket ini akan memajukan lagi sukan kriket di SKTPP seterusnya menyuntik semangat kepada unit-unit sukan lain untuk sama-sama cemerlang demi kemenjadian anak- anak murid.


 Visi 

Kegemilangan sukan kriket Negeri Selangor

Misi

Membangunkan dan memajukan sukan kriket sekolah 
ke arah kegemilangan sukan kriket Negeri Selangor

Objektif Bilik Bitara Kriket

  1. Sebagai pusat latihan bagi menggilap bakat-bakat muda seawal sekolah rendah.
  2. Sebagai usaha memperkenalkan sukan kriket kepada warga sekolah dan masyarakat setempat.
  3. Sebagai pusat sehenti yang menempatkan maklumat dan info tentang sukan kriket.
  4. Memaparkan pencapaian pasukan kriket SKTPP untuk dijadikan semangat, inovasi dan memori buat warga sekolah.
  5. Sebagai pusat penyebaran maklumat berkaitan sukan kriket dalam kalangan murid-murid SKTPP.
  6. Sebagai pusat membuat perancangan pembangunan dan strategi bagi menghasilkan pemain kriket yang cemerlang untuk Negeri Selangor.
  7. Sebagai pusat untuk memantapkan korelasi antara pengetahuan murid dan kemahiran yang akan dipelajari tentang sukan kriket.

Jom saksikan video sepanjang majlis tersebut....

No comments:

Post a Comment