Monday, August 13, 2018

Majlis Sambutan Kepulangan Jaguh-Jaguh Kriket SKTPP

WARGA SK Taman Putra Perdana menanti dengan penuh perasaan bangga di tapak perhimpunan untuk meraikan pemain-pemain kriket SKTPP yang baru kembali dari Kelantan pada hari Sabtu yang lepas (11.8.2018) selepas menjulang gelaran Johan Kejohanan Kriket MSSM 2018.
(Laporan Kejohanan Kriket MSSM 2018 sila klik di sini)

Majlis dimulai dengan perarakan pemain-pemain kriket tersebut iaitu Asyraf Rifaie Bin Afindi, Muhammad Syahir Syamael Bin Shaari, Muhammad Hafiz Bin Suhaimi, Muhammad Adam Azfar Bin Mazlan dan Muhammad Akram Bin Abdul Malek diiringi oleh jurulatih; Cikgu Mohd. Izwan dan Cikgu Ahmad Junaidi, pihak pentadbir sekolah, Yang Dipertua PIBG; Tuan Haji Khairul Azhar, ibu bapa pemain-pemain tersebut dan pasukan kompang khas yang dilatih oleh Cikgu Astina Mahad Nor.
  












Barisan jaguh-jaguh kriket SKTPP bersama jurulatih, pihak pentadbir, YDP PIBG dan ibu bapa mereka.


Seterusnya, Puan Hajjah Rohaidah mewakili seluruh warga SKTPP merakamkan jutaan tahniah kepada para pemain kriket dan jurulatih yang telah berusaha gigih bagi memastikan Selangor membawa gelaran Johan Kejohanan Kriket MSSM Bawah 12 Tahun 2018. Lebih manis lagi apabila Selangor muncul selaku Johan Keseluruhan dalam kejohanan tersebut dan ini merupakan kali ke-4 berturut-turut pasukan kriket Selangor muncul sebagai Juara Keseluruhan MSSM. Tahniah! 

Kejayaan ini sangat bermakna buat sekolah ini kerana telah berjaya melahirkan pemain yang sangat berkebolehan sekaligus seramai 5 orang murid SKTPP terpilih mewakili pasukan Selangor ke MSSM pada tahun ini. Pada tahun lepas, sekolah juga telah berjaya melahirkan seorang jaguh kriket Selangor, iaitu Muhammad Asyraf Azmi yang sekarang sedang melanjutkan pelajaran di SMK Putra Perdana, yang juga banyak memberi tunjuk ajar dan motivasi kepada pemain-pemain SKTPP ini.

 
Pn. Hajjah Rohaidah memulakan bicara dengan penuh kegembiraan dan jutaan tahniah diucapkan kepada jaguh-jaguh tersebut.



Warga SKTPP mendengar ucapan Pn. Hajjah Rohaidah dengan penuh tekun dan bersemangat


Cikgu Izwan (depan) dan Cikgu Junaidi (belakang) turut diraikan atas kejayaan mereka melatih pasukan Kriket Selangor.



Majlis diserikan lagi dengan penyampaian cenderamata kepada pemain-pemain tersebut atas kejayaan mereka mengharumkan nama SKTPP, daerah Sepang dan negeri Selangor gah di persada tanah air tercinta. Penyampaian cenderamata disempurnakan oleh Guru Besar, Puan Hajjah Rohaidah Bt Mohd Ali dan Tuan Haji Khairul Azhar. Warga SKTPP yang lain menyaksikan majlis penyampaian ini dengan penuh kegembiraan dan tepukan gemuruh memeriahkan lagi majlis yang bersejarah ini.

Hafiz


Akram


Asyraf Rifaei


Adam Azfar

Syahir Syamael
 

Dari Kiri : Cikgu Ahmad Junaidi Bin Abdullah, Muhammad Syahir Syamael Bin Shaari, Muhammad Akram Bin Abdul Malek, Asyraf Rifaie Bin Afindi, Muhammad Adam Azfar Bin Mazlan, Muhammad Hafiz Bin Suhaimi dan Cikgu Mohd Izwan Bin Mohd Jowahar
Majlis kemudiannya diakhiri dengan sesi bergambar jaguh-jaguh SKTPP, jurulatih, pihak pentadbir sekolah dan ibu bapa.








Jamuan ringan di kantin sekolah


Bergambar bersama Naib YDP PIBG; En. Ibrahim bin Rahman

Majlis sambutan pada hari ini berjalan dengan lancar dan sangat meriah. Jutaan tahniah. We proud of you!

Semoga kejayaan ini diharap menjadi pemangkin semangat kepada semua murid yang mewakili sekolah dalam apa jua pertandingan untuk berusaha lebih gigih seterusnya akan membuka peluang terpilih mewakili negeri di peringkat kebangsaan.







Banner dipasang di pintu pagar utama sekolah tanda penghargaan buat hero-hero kriket SKTPP. Syabas!

No comments:

Post a Comment