Thursday, August 16, 2018

Perkhemahan Kursus Kenaikan Pangkat Sarjan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) Peringkat Kebangsaan 2018

Tarikh : 13 - 16 Ogos 2018
Tempat : Pusat Kokurikulum JPN Melaka, Kg. Lanchang, Merlimau, Melaka.

SK Taman Putra Perdana telah menghantar 2 orang murid Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) ke Perkhemahan Kursus Kenaikan Pangkat Sarjan Tunas Kadet Remaja Sekolah TKRS Peringkat Kebangsaan 2018 di Pusat Kokurikulum JPN Melaka, Kg. Lanchang, Merlimau , Melaka.

Kursus ini diadakan untuk menguji tahap penguasaan pembelajaran TKRS mereka untuk kenaikan pangkat dari Koperal TKRS ke Sarjan TKRS. Selain itu, meningkatkan pemarkahan kokurikulum dalam sistem PJSK dan mempraktikkan KBAT dalam aktiviti pasukan badan beruniform.

Penilaian dan ujian yang diadakan adalah mengikut modul kenaikan pangkat TKRS iaitu Kawad Kaki, Pandu Arah, Bantu Mula, Gajet, Kerohanian dan Alam Sekitar.

Alhamdulillah, 2 orang murid SKTPP iaitu Muhammad Aliff Aiman dan Ethaneal Allen Alan Tais berjaya lulus cemerlang dan dianugerahkan pangkat Sarjan TKRS.

4 orang kadet mewakili daerah Sepang

Ethanela Allen menerima sijil

Bersama guru pengiring Ustaz Ahmad Zunaidi

Majlis watikah penyampaian sijil dan penutup.

Disediakan oleh:
Ahmad Zunaidi Bin Jinalabin

No comments:

Post a Comment