Wednesday, August 15, 2018

Program Ikhlas 2.0 2018

Pada 14 dan 15 Ogos 2018 telah diadakan Program Ikhlas 2.0 yang memberi tumpuan kepada dua mata pelajaran yang lemah dalam UPSR pada setiap tahun iaitu Matematik dan Bahasa Inggeris. Ianya merupakan satu langkah untuk mengatasi kelemahan murid dalam subjek-subjek ini anjuran PPD Sepang di mana pihak sekolah telah mengadakan Bengkel Teknik Menjawab Program Ikhlas 2.0.

Antara objektif program ini adalah :
i)   Membantu murid-murid yang lemah dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris.
ii)  Meningkatkan pencapaian  mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris dalam UPSR 2018.
iii) Menarik minat murid terhadap mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris.

Program yang dianjurkan oleh PPD Sepang ini melibatkan seramai 25 orang  murid dari kelas Kardiologi . Pada 14 Ogos 2018 telah diadakan kelas bimbingan bagi mata pelajaran Matematik oleh  Puan Arjunawati Binti Nuze dan pada 15 Ogos 2018 mata pelajaran Bahasa Inggeris di bawah bimbingan Puan Rosmizawati Binti Yusuf. Murid-murid dibimbing dengan menggunakan modul yang telah disediakan.








Diharapkan agar program ini dapat membantu murid-murid agar lebih bersedia dan yakin dalam menghadapi UPSR 2018 pada bulan September nanti.

Disediakan oleh,
Zailezah Bt Sardi
Penyelaras Unit Kecemerlangan UPSR SKTPP

No comments:

Post a Comment