Thursday, August 9, 2018

Program Persediaan Meniti Alam Remaja, "Sembang-sembang Intim" 2018

Pada hari ini jam 7.30 hingga 8.30 pagi, pihak Brand X-perience Sdn. Bhd. mewakili pihak INTIMATE telah menjalankan Program Persediaan Meniti Alam Remaja, "Sembang-sembang Intim" di Terminal Muafakat, SK Taman Putra Perdana. Semua murid perempuan Tahun 5 seramai lebih kurang 130 orang sangat bertuah kerana terpilih untuk menghadiri program ini. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak INTIMATE kerana sudi memberikan maklumat yang sangat berfaedah kepada murid-murid perempuan di sekolah ini.


Ceramah disampaikan oleh wakil pihak INTIMATE

Semua peserta sangat teruja  dengan maklumat yang disampaikan oleh penceramah

Mendengar dan memahami 

Khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan.

Wakil guru yang turut serta dalam program ini iaitu Pn Zuraini, Pn Rosmah, Pn Norliza dan Pn Juli

Peserta cuba menjawab soalan kuiz yang dibacakan

Slot kuiz

Penceramah membacakan jawapan hasil kerja aktiviti dalam kumpulan 

Ucapan Pn Rosmah bt Jamat,
PK Hal Ehwal Murid

Semua peserta diberi cenderamata oleh pihak INTIMATE


Bergambar kenangan bersama wakil INTIMATE

No comments:

Post a Comment