Sunday, August 12, 2018

Seminar UPSR 2018


Pada 11 dan 12 Ogos 2018, Unit Gemilang UPSR telah menganjurkan Seminar UPSR bagi murid-murid Tahun 6 yang bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Seminar tersebut telah diadakan di Fakulti Reka Bentuk dan Seni Bina, Universiti Putra Malaysia dari pukul 7:00a.m. hingga 5:30p.m.

Seminar ini memberi pendedahan teknik menjawab soalan-soalan UPSR kepada murid Tahun 6.  Dalam seminar ini, penekanan juga diberi kepada daya usaha, pengetahuan dan kemahiran demi kecemerlangan dalam bidang akademik.  Dengan adanya program seperti ini, dapat memberi gambaran yang lebih jelas tentang bentuk soalan UPSR selain sebagai motivasi dan penyuntik semangat kepada murid-murid Tahun 6 agar lebih berkeyakinan menghadapi peperiksaan UPSR kelak.

Pelajar berkumpul di dataran perhimpunan.
Pengagihan sarapan pagi.
Tidak sabar untuk memulakan perjalanan.

Seramai 207 orang pelajar berkumpul di Sekolah Taman Putra Perdana bermula pukul 7:00a.m. untuk mendaftarkan kehadiran sebelum bertolak ke lokasi seminar dengan menaiki bas.  Kesemua empat subjek teras termasuk dalam seminar ini, Sains dan Bahasa Inggeris pada hari Sabtu, diikuti dengan Matematik dan Bahasa Melayu pada hari berikutnya.


Guru Besar, Puan Rohaidah binti Mohd Ali turut serta semasa seminar Bahasa Melayu untuk memberi motivasi kepada murid-murid agar teruskan usaha menimba ilmu yang tiada hadnya.

Nama penceramah
Sains
Encik Mohd Khalimi bin Dahlan

Bahasa Inggeris
Encik Harpal Singh

Matematik
Encik Ismail bin Mokhtar

Bahasa Melayu
Encik Muzafar bin Amir

Atur Cara Program
11 Ogos 2018 (Sabtu)
7:00a.m. ~ Berkumpul di sekolah
8:30a.m. - 12:30p.m. ~ Sains
12:30p.m. – 2:00p.m. ~ Rehat
2:00p.m. – 5:30p.m. ~ Bahasa Inggeris
5:30p.m. ~ Bertolak ke sekolah

12 Ogos 2018 (Ahad)
7:00a.m. ~ Berkumpul di sekolah
8:30a.m. - 12:30p.m. ~ Matematik
12:30p.m. – 2:00p.m. ~ Rehat
2:00p.m. – 5:30p.m. ~ Bahasa Melayu
5:30 p.m. ~ Bertolak ke sekolah







Seminar UPSR ini memberi banyak faedah kepada murid-murid.  Pelbagai tips dan bimbingan telah diberikan penceramah kepada peserta seminar supaya calon-calon UPSR ini mendapat markah maksimum.  Teknik penyampaian yang mudah difahami oleh penceramah yang juga guru pakar dalam mata pelajaran masing-masing telah menjadi daya tarikan untuk peserta 
memberi tumpuan sepanjang seminar dan akan dimanfaatkan sepenuhnya dalam UPSR yang akan diduduki tidak lama lagi. Selamat Maju Jaya.


Peserta seminar bersama Guru Besar, GPK Akademik dan guru-guru.

No comments:

Post a Comment