Friday, May 24, 2019

Majlis Penutupan Bulan Dakwah, Khatam Al-Quran dan Penyerahan Sumbangan Aidilfitri

Pada 24 Mei 2019 (Jumaat) bersamaan 19 Ramadhan 1440 Hijrah, panitia Pendidikan Islam SK Taman Putra Perdana telah mengadakan Majlis Penutupan Bulan Dakwah, Khatam Al-Quran dan Penyerahan Sumbangan Aidilfitri bagi tahun 2019.

Majlis bermula dengan program WORLD #QURANHOUR 2019 selama satu jam dari pukul 7.30 pagi hingga 8.30 pagi dengan bacaan ayat suci al-Quran dari surah Yasin dan al-Kahfi.

Banner WORLD #QuranHour

Bacaan surah Yasin yang diketuai oleh Ustaz Mahadir dan al-Kahfi yang diketuai oleh Ustaz Zunaidi

Guru-guru yang turut sama menjayakan WORLD #QuranHour 

WORLD #QuranHour : murid-murid turut menyertai

WORLD #Quranhour : bacaan dari peserta khatam

Majlis diteruskan dengan ucapan aluan pengerusi majlis, bacaan doa serta ucapan Guru Besar SKTPP. Puan Guru Besar dalam ucapan beliau, mengucapkan tahniah kepada semua murid sesi pagi mahu pun sesi petang yang melibatkan diri dengan semua aktiviti bulan dakwah kali ini. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang sentiasa mendidik sehingga menjadi murid terbaik sahsiah dunia dan akhirat.

Buku program majlis hari ini

Turut hadir bersama YDP PIBG Tuan Haji Khairul Azhar

Bacaan doa oleh Ustaz Haris Safwan


Ucapan Puan Hajah Rohaidah bt Mohd Ali, Guru Besar SKTPP
Usai ucapan puan Guru Besar, majlis khatam al-Quran pula menyusul dengan 23 orang peserta khatam serta 3 orang ustaz sebagai fateh. Majlis berjalan dengan tenang dengan alunan bacaan suci al-Quran yang turut diikuti oleh murid-murid serta guru-guru yang lain. 

Peserta khatam al-Quran bersama ustaz Zurilazman, ustaz Ahmad Mustafid dan ustaz Mohd Ishak Shairazi

Kelihatan murid khusyuk mendengar dan menghormati majlis khatam al-Quran

Majlis diserikan lagi dengan persembahan nasyid dari pasukan nasyid sekolah Al-Wijdaan sebagai selingan dan halwa telinga untuk semua hadirin yang berada di dewan perdana. 

Al-Wijdaan yang dianggotai oleh 8 orang murid 

Semua hadirin terpegun dengan persembahan nasyid

Sepanjang bulan Ramadhan ini, telah dilancarkan 'Tabung 1000 Barakah' yang bertujuan menggalakkan murid-murid dengan amalan suka bersedekah. Alhamdulillah, banyak kutipan diperolehi yang mana dapatlah diagihkan kepada yang lebih memerlukan. Semoga yang memberi sumbangan akan dilimpahkan rezeki serta diberkati in shaa Allah. 

Senarai penerima cenderamata dan sumbangan adalah seperti berikut:

1. Peserta khatam al-Quran
2. Pasukan nasyid sekolah
3. Pekerja pembersihan
4. Anak yatim
5. Murid asnaf dan miskin
6. 10 orang murid penerima bantuan syarikat Kasugi
7. Murid RMT

Salah seorang penerima cenderamata dari peserta khatam

Salah seorang pasukan Nasyid sekolah menerima cenderamata penghargaan

Wakil pekerja pembersihan
Sesi bergambar bersama semua penerima sumbangan

Oleh kerana hari ini merupakan hari terakhir sekolah sebelum bercuti, diadakan sesi bersalaman serta bermaafan antara semua murid dan guru. Walaubagaimanapun, bulan Ramadhan masih banyak lagi hari yang masih berbaki. Selamat meneruskan ibadah puasa dan marilah kita sama-sama meningkatkan lagi ibadah demi mencari dan bertemu Lailatul Qadar.

Murid-murid bersalaman dengan semua pentadbir

Diikuti dengan guru-guru lain

Guru-guru juga sempat memberi pesanan dan nasihat

 Sesi bergambar pra-Aidilfitri.

Barisan pentadbir bersama YDP PIBG
Guru-guru Panitia Pendidikan Islam

Semua guru SK Taman Putra Perdana

Panitia Pendidikan Islam telah menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik untuk semua murid dari tahun satu hingga enam sebagai santapan rohani serta pengisian yang bermanfaat sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua guru yang terlibat secara langsung atau tidak, khususnya guru Pendidikan Islam atas kerjasama yang diberi bagi menjayakan aktiviti-aktiviti yang dirancang. Semoga semua warga sekolah beroleh keberkatan dan ganjaran pahala daripada Allah s.w.t.

Disediakan oleh,
Nur Azizati binti Ahmad.

No comments:

Post a Comment