Pages

Thursday, June 27, 2019

Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun MSSD Sepang 2019

Alhamdulillah, pada hari ini bersamaan 27 Jun 2019 satu lagi sejarah tercipta dengan SKTPP berjaya menjuarai Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun MSSD Sepang 2019. Suatu kejuaraan yang sudah lama ditunggu-tunggu oleh warga SKTPP akhirnya dapat dicapai. Selama 4 hari bertandang ke venue kejohanan di SK Methodist Sungai Pelek, akhirnya membuahkan hasil.

Walaupun agak goyah di permulaan saingan, tetapi dengan tunjuk ajar jurulatih, pemain-pemain dapat merealisasikan kejayaan ini. Diundi bersama pasukan SK Taman Seroja, SK Kg. Bharu Lanjut dan SK Methodist pada pusingan pertama peringkat kumpulan dan bersama SK Bandar Baru Salak Tinggi dan SK Salak pada pusingan kedua, peringkat kumpulan sangat mendebarkan sehingga nyaris-nyaris SKTPP tidak berjaya melepasi pusingan peringkat kumpulan.  Tetapi dengan semangat juang yang tinggi ditunjukkan, para pemain berjaya menempuh setiap cabaran dengan jayanya.

Di separuh akhir, SKTPP bertemu SK Sg Pelek dan SKTPP berjaya menumpaskan mereka dengan jaringan 2-1. Kealpaan bermain tanpa tekanan hampir membuatkan SKTPP berputih mata untuk ke perlawanan akhir. Seterusnya kemenangan 1-0 ke atas pasukan SK Desa Pinggiran Putra pada perlawanan akhir sudah cukup untuk menobatkan SKTPP sebagai Juara Kejohanan MSSD Bawah 12 Tahun bagi edisi 2019. Lebih manis lagi ini adalah kejuaraan kedua yang dihadiahkan oleh pasukan bola sepak SKTPP kepada warga sekolah setelah mereka menjuarai Kejohanan Bola Sepak Bawah 11 Tahun pada tahun lepas.

Ini adalah kenangan manis dan pemain-pemain hebat yang tak akan dilupakan oleh para jurulatih khususnya dan warga SKTPP amnya. Akhir sekali, semoga suatu hari nanti ada dari kalangan pemain ini akan bermain mewakili negara ke peringkat yang lebih tinggi. "Terima kasih semua pemain, terima kasih ibu bapa pemain, terima kasih coach Zamri dan coach Adam dari Kelab Soccer Star. Anda semua adalah CHAMPION".

Di bawah disertakan gambar-gambar pemain pasukan SKTPP yang sangat membanggakan ini.

Berdiri dari kiri : Hadif, Ikhwan, Azhad, Akashah, Airiel (s), Darrel, Zahir, Airiiel (J).
Duduk dari kiri : Zarif, Danish, Syahmi (C), Aqil, Rosyidi, Yob (Nazmi), Hamzi 



                                                           
Pemain bersama para Jurulatih iaitu dari kiri : Ustaz Zubair, Sir Saifullah, Coach Zamri, Cikgu Rusydan dan Cikgu Musrizuan

Penjaring terbanyak pasukan iaitu Hadif dengan 6 gol

Pemain bersama Para Pentadbir SKTPP
Video kegembiraan para pemain dan para jurulatih bersama medal kemenangan



Video aksi perlawanan

Program Mentor Mentee Bulan Jun 2019

Program Mentor Mentee telah berjaya dilaksanakan pada hari ini (27.6.2019 bersamaan 23 Syawal 1440H). Program ini dijalankan selama 30 minit iaitu pada pukul 12.20 hingga 12.50 tengah hari. Tahniah diucapkan kepada pentadbir, semua mentor dan mentee kerana menjayakan Program Mentor Mentee pada kali ini. In Shaa Allah.. berjumpa lagi pada bulan hadapan.

Tahun 4
Bidang: Pembangunan Sahsiah Diri Murid
Tajuk: Asas Komunikasi
Falsafah: Hormatilah orang di sekeliling anda.
Objektif: Pada akhir aktiviti mentee dapat;

  • Berkomunikasi dengan yakin dan berkesan
  • Menggunakan laras bahasa yang betul
  • Melatih diri untuk bersopan-santun dalam pertuturan

Tahun 5
Bidang: Psikososial dan Kesejahteraan Mental Murid (PKMM)
Tajuk: Perkembangan Keremajaan
Falsafah: Manusia hendaklah bersyukur atas anugerah yang dikurniakan oleh Tuhan terhadap dirinya.
Objektif: Pada akhir aktiviti mentee dapat;

  • Mengenali dan menerima diri seadanya
  • Menerima hakikat perubahan diri

Tahun 6
Bidang: Pendidikan Kerjaya
Tajuk: Kerjaya
Falsafah: Anggaplah kebolehan sebagai batu loncatan mencapai kejayaan dan kelemahan sebagai peluang untuk membaiki diri
Objektif: Pada akhir aktiviti mentee dapat;

  • Menyatakan kepentingan pekerjaan ibu bapa atau perniagaan
  • Menyatakan kepentingan kerjaya kepada manusia

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang Program Mentor Mentee dijalankan:





Wednesday, June 26, 2019

Lawatan Kerjaya Adiwira di KidZania 2019 Siri 2

Pada hari Rabu 26 Jun 2019 telah diadakan Lawatan Kerjaya Adiwora ke KidZania. Lawatan ini adalah anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling, Kelab Kerjaya, PIBG dan Unit Pusat Sumber Sekolah ( Ujana Ilmu) yang diterajui oleh Cikgu Arzah, Cikgu Rozimah dan Cikgu Juli. Lawatan ini telah disertai oleh 124 orang murid dan 9 orang guru pengiring.

Sepanjang berada di KidZania, murid-murid berpeluang mencuba setiap permainan kerjaya yang disediakan. Antara kerjaya yang disediakan adalah kerjaya sebagai Bomba, Polis, Doktor, Jurujual, Pakar Makmal dan pelbagai lagi. Jelas kegembiraan di wajah murid-murid merasai pengalaman bekerjaya dan berusaha mencari duit sendiri. Di bawah disertakan sebahagian gambar-gambar yang sempat dirakam.
















Sebahagian daripada peserta lawatan




Beratur menunggu bas untuk pulang


Pelbagai lagi ruang kerjaya disediakan di Kidzania yang tidak dapat dimuatkan dalam entri kali ini. Semoga lawatan ini dapat memberi pendedahan awal kepada peserta lawatan mengenai dunia kerjaya yang sebenar. Seterusnya membuka minda mereka untuk menyediakan diri dengan ilmu serta kemahiran yang sesuai dengan kerjaya yang ingin dicapai pada masa akan datang.


Tuesday, June 25, 2019

SRCC U14 Mengalahkan UAE 15

Tahniah buat SRCC U14 yang terdiri daripada murid-murid SKTPP & mantan murid SKTPP (kini Tingkatan 1 & 2 di SMKPP dan Sekolah Sukan Bukit Jalil) berjaya mengalahkan team Merryland International School, United Arab Emirates (UAE) U15 di TPCA Oval, Kajang petang tadi. Tahniah buat players & coaches; Cikgu Izwan Jowahar & Cikgu Junaidi serta ibu bapa & penyokong-penyokong SRCC!

Murid SKTPP :
Akram, Muqri dan Rashid

Bekas murid SKTPP

Sekolah Sukan Bukit Jalil:
Syamael

SMKPP :
Ashraf
Adeshlie
Zufayri
Asyraf Rifaie
Shahmy Irfan
Hafiz Suhaimi












Monday, June 24, 2019

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-23 (Sesi Pagi)


Tarikh     : 24 Jun 2019
Hari         : Isnin
Masa        : 7.30 - 8.30 pagi
Tempat   : Dataran Perhimpunan, SK Taman Putra Perdana

Guru-guru bertugas :
  1. Encik Hafiz Bin Md. Noor (Ketua)
  2. Encik Ahmad Mustafid Bin Mat Sharif
  3. Puan Azwani Binti Mohamed Noordin @ Noordin
  4. Puan Roslina Binti Jafar
  5. Puan Siti Rabiaah Binti Mohammad
  6. Puan Noorayuni Binti Ab. Fatah
  7. Puan Nurul Izziani Binti Mohd Latif
 
Barisan guru bertugas pada minggu ini.
Agenda :

1. Nyanyian, Bacaan Doa, Bacaan Ikrar.
  • Nyanyian lagu Negaraku, lagu Selangor dan lagu Sekolah
  • Bacaan Doa oleh Adik Muhammad Syami Wafiq bin Shahril Nizam ( 6 Tabla )
  • Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Puan Azwani Binti Mohamed Noordin @ Noordin 
  • Bacaan Ikrar Murid oleh Adik Muhammad Ammar bin Muhammad Rizal ( 6 Tabla )




2. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas - Cik Syahirah Bt Tumar.
  • Murid diingatkan agar membuang sampah ke dalam tong sampah, dan pastikan jangan meninggalkan sebarang sampah selepas selesai sesuatu majlis/ aktiviti.
  • Pesanan supaya murid-murid sentiasa menunjukkan nilai hormat yang tinggi kepada semua guru dan kakitangan sekolah.
  • Program Jalinan Mesra Siri 1/2019 berjalan dengan lancar dan baik. Kehadiran Ibu bapa sangat baik. Semoga perjumpaan ibu bapa dan guru dapat meningkatkan prestasi anak-anak murid dan dapat merapatkan ukhuwah antara guru dan ibu bapa murid-murid.
  • Keputusan Keceriaan Kelas :
          Kelas PPKI
  • Tempat Pertama : Cricket
  • Tempat Kedua    : Bowling
  • Tempat Ketiga    : Soccer
          Tahun 4
  • Tempat Pertama  :  Harmoni
  • Tempat Kedua     :  Intelek
  • Tempat Ketiga     :  Efisien
          Tahun 5
  • Tempat Pertama  : Vanadium
  • Tempat Kedua     : Ferum
  • Tempat Ketiga     : Titanium 
           Tahun 6
  • Tempat Pertama  : Tabla
  • Tempat Kedua     : Gambus
  • Tempat Ketiga     : Canang
 
Antara wakil kelas yang menerima hadiah keceriaan kelas.

3. Ucapan Guru Bertugas Minggu Ini  - Pn Azwani Binti Mohamed Noordin @ Noordin
  • Mengingatkan murid agar hidup dengan penuh kasih sayang antara satu sama lain. Diterangkan kepada murid-murid erti nilai kasih sayang yang sebenar.
  • Ianya adalah perasaan atau rasa kasih atau cinta yang datang dari dalam hati seseorang. Sayang juga merujuk kepada perasaan belas atau kasihan atau berasa kesal. Manakala perasaan kasih sayang merujuk kepada :
a) Perasaan kasih sayang kepada diri sendiri.
b) Rasa kasih dan sayang kepada ahli keluarga dan adik beradik.
c) Rasa kasih dan sayang kepada komuniti sekolah yabng terdiri daripada rakan sekelas, harta benda kelas / sekolah.
d) Murid perlu menjaga harta benda dan kebersihan sekolah sebagai tanda kasih kepada sekolah.

Pn Azwani sedang menyampaikan nasihat kepada murid bertemakan Kasih Sayang

4. Hebahan – Puan Junaidah Rus
  • Pertandingan melukis anjuran Great Eastern dan Affin Bank.
  • Sesiapa yang berminat boleh ambil borang penyertaan dari Puan Junaidah dan Cikgu Norli.



5. Majlis Penyampaian Sijil - Puan Norhana Nordin
  • Pengumuman dan ucapan ribuan tahniah kepada  Pasukan Choral Speaking atas kejayaan mendapat tempat pertama dalam Pertandingan Choral Speaking Peringkat Daerah Sepang.  
  • Penyampaian sijil Penyertaan buat para peserta dan penyampaian sijil Pencapaian Kategori Emas Best Conductor yang dimenangi oleh Adik Subathara Lakshmi. 
  • Penyampaian sijil disempurnakan oleh Guru Besar SKTPP; Pn. Hajah Rohaidah Bt Mohd Ali.
    Antara peserta Pasukan Choral Speaking yang menerima sijil.
    Penyampaian Sijil Kategori Emas Best Conductor yang dimenangi  Adik Subathara Lakshmi.

    Sesi bergambar antara jurulatih, para peserta dan pihak pentadbir sekolah.

    Persembahan khas Choral Speaking untuk wagra SKTPP
6. Ucapan pentadbir - Puan Azizah Bt Mokhlas (PK Pentadbiran)
  • Mengucapkan tahniah kepada Pasukan Choral Speaking SKTPP.
  • Mengucapkan Selamat Hari Raya kepada warga dan murid-murid SKTPP serta mengingatkan murid-murid  supaya menjaga kesihatan dan pemakanan yang sihat.
  • Memaklumkan bahawa mulai 1 Julai 2019, sekolah akan mengadakan raptai Penilaian APPSSC peringkat Kebangsaan secara berperingkat-peringkat sehingga berlangsungnya majlis penilaian tersebut pada 24 Julai 2019. 
  • Jadual persekolahan sesi pagi akan mengalami perubahanan dan akan digunapakai mulai 1 Julai 2019. Jadual akan diedar kepada murid-murid dalam minggu ini.
  • Seterusnya, makluman pada minggu keempat setiap bulan akan diterapkan matapelajaran Pendidikan Sivik dalam setiap matapelajaran, aktiviti kokurikulum dan akan dipilih sebagai tema perhimpunan minggu tersebut.
  • Untuk minggu ini, temanya ialah Kasih Sayang. 

Perhimpunan tamat pada pukul 8.30 pagi.
Disediakan oleh:
Encik Ahmad Mustafid Bin Mat Sharif