Pada
29 Ogos 2019 bersamaan hari Jumaat, Majlis Penyampaian Sumbangan Alat Tulis
Kepada Calon-Calon UPSR sekolah-sekolah Zon Putra Perdana telah berlangsung di Dewan Perdana SKTPP. Penyampaian
sumbangan telah disempurnakan oleh Tuan Rushdan bin Mohamed, Ahli Majlis &
Pengerusi JPP Zon Putra Perdana yang sempena
UPSR tahun 2019. Majlis dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis oleh Cik
Roslinda dan diteruskan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mustafid.
- Ucapan Guru Besar Puan Rohaidah Binti Mohd Ali
Ucapan terima kasih atas sumbangan alat tulis yang diberikan kepada
murid-murid Tahun 6 oleh Tuan Rushdan bin Mohamed. Semoga Allah sahaja dapat
membalas jasa baik Tuan Rushdan yang sudah bertahun-bertahun memberi sumbangan
kepada sekolah.
Pesanan yang diberikan kepada semua murid-murid Tahun 6:
·
Murid-murid perlu menyeimbangkan waktu rehat
dan waktu belajar.
·
Jangan terlalu stres atau tertekan untuk
menghadapi UPSR yang semakin hampir.
Harapan Guru Besar kepada murid-murid tahun 6:
·
Semua murid-murid Tahun 6 diharapkan lebih
bersedia
·
Semoga penyerahan alat tulis dapat menaikkan
semangat murid-murid untuk menduduki UPSR dengan bersungguh-sungguh.
·
Semoga usaha ini diberkati Allah dan mendapat
keputusan UPSR yang terbaik dalam daerah Sepang.
·
Yang paling penting teruskan berusaha, berdoa
dan akhir sekali bertawakal kepada Allah SWT.
Ucapan Tuan Rushdan Bin Mohamed Ahli Majlis & Pengerusi JPP Zon
Putra Perdana:
· Beliau mengingatkan murid-murid supaya sentiasa
memanfaatkan masa yang masih ada ini. ‘Jangan sia-siakan masa yang ada beberapa
hari lagi ni’.
· Yang paling penting ialah kesihatan perlu
dijaga.
· Elakkan bermain hujan atau digigit nyamuk
supaya tidak terkena penyakit-penyakit yang memudaratkan badan.
· Sentiasa membawa nota ringkas pergi ke
mana-mana. Baca apabila ada masa terluang.
· Murid-murid perlu mendapat restu daripada ibu
bapa, keluarga dan guru-guru sebelum mendudukan peperiksaan.
· Solat fardu jangan tinggal dan sentiasa membuat
solat hajat mohon kepada Yang Maha Esa.
· Pastikan mendapat keputusan yang cemerlang.
Pada hari Anugerah Cemerlang nanti, beliau berjanji akan menyumbangkan RM1000.
· Ambil makanan yang sihat, bagus untuk badan dan
otak. Pastikan ambil sarapan sebelum hadir ke sekolah. Tidak perlu makan
makanan yang berat, sekadar mengalas perut.
·
Pesanan terakhir, jangan keluar dewan terlalu
awal. Semak kembali jawapan yang telah ditulis dan buat pembetulan sekiranya
terdapat kesalahan dalam jawapan atau tertinggal. Jangan terlalu yakin,
pastikan sentiasa berdoa dan tawakal setelah keluar daripada bilik peperiksaan.
Berikut merupakan gambar-gambar sepanjang majlis berlangsung:
|
Pengerusi majlis Cik Roslinda |
|
Bacaan doa oleh Ustaz Mustafid |
|
Ucapan Guru Besar Puan Rohaidah Binti Mohd Ali |
|
Ucapan daripada Tuan Rushdan bin Mohamed, Ahli Majlis & Pengerusi JPP Zon Putra Perdana |
|
Guru-guru tahun 6 |
|
Murid-murid tahun 6 SKTPP |
|
Wakil murid kelas 6 Tabla menerima sumbangan alat tulis |
|
Wakil murid kelas 6 Nafiri menerima sumbangan alat tulis |
|
Wakil murid kelas 6 Rebana menerima sumbangan alat tulis |
|
Wakil murid kelas 6 Kompang menerima sumbangan alat tulis |
|
Wakil murid kelas 6 Gambus menerima sumbangan alat tulis |
|
Wakil murid kelas 6 Canang menerima sumbangan alat tulis |
|
Wakil murid kelas 6 Bonang menerima sumbangan alat tulis |
|
Wakil murid kelas 6 Angklung menerima sumbangan alat tulis |
|
Wakil murid PPKI menerima sumbangan alat tulis |
|
Gambar dengan guru-guru tahun 6 dan Tuan Rushdan bin Mohamed |
|
Gambar kenang-kenangan bersama dengan murid- murid tahun 6 dan semua guru-guru |
Disediakan oleh:
Mawaddah Binti Kamarulzaman