Pages

Thursday, March 26, 2020

COVID-19: PKP dilanjutkan hingga 14 April 2020 ini - PM

Kerajaan mengambil keputusan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga 14 April 2020 ini susulan kes positif COVID-19 masih berlaku, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Pihak sekolah akan menutup sekolah sehingga 14 April 2020 berdasarkan arahan perintah yang diberikan seperti di atas. Sebarang persoalan boleh dirujuk dengan pihak KPM atau pihak sekolah sendiri. Sekian, terima kasih.


Tuesday, March 17, 2020

Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari

KERAJAAN memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan mulai Rabu ini, 18 sehingga 31 Mac 2020 di seluruh negara.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Perintah Kawalan Pergerakan itu dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.



Perintah Kawalan Pergerakan ini meliputi;
  1. Pertama, larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup, kecuali pasar raya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian. Khusus untuk umat Islam, penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk solat Jumaat adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac 2020.
  2. Kedua, sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara. Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela (self quarantine) selama 14 hari.
  3. Ketiga, sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara.
  4. Keempat, penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti.
  5. Kelima, penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara.
  6. Keenam, penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.

Pihak sekolah akan menutup sekolah sehingga 31 Mac 2020 berdasarkan arahan perintah yang keempat seperti di atas. Sebarang persoalan boleh dirujuk dengan pihak KPM atau pihak sekolah sendiri. Sekian, terima kasih.



Saturday, March 14, 2020

Cuti Pertengahan Penggal 1


Pihak sekolah mengucapkan Selamat Bercuti kepada semua murid dan warga SK Taman Putra Perdana. Manfaatkan cuti ini dengan aktiviti yang berfaedah. Jangan membazir masa yang terluang ini.

Berkaitan penularan wabak COVID-19, mohon beberapa perkara tersebut diberi perhatian serius oleh ibu bapa / waris / penjaga dan seluruh warga SKTPP terhadap anak-anak di bawah jagaan masing-masing. 



  1. Tidak melibatkan diri dengan program yang menghimpunkan orang ramai yang berkemungkinan terdedah dengan risiko wabak COVID-19.
  2. Mengelakkan diri daripada berada di tempat awam / tempat tumpuan ramai.
  3. Segera mendapatkan rawatan perubatan sekiranya mempunyai gejala seperti demam / batuk / selsema / sesak nafas.
  4. Membuat saringan / pemeriksaan kesihatan dengan kadar segera yang mana ahli keluarga mereka dikuarantin atau disyaki berhubung rapat dengan pesakit COVID-19.
  5. Peka dengan status kesihatan anak / ahli keluarga dan tidak menghantar anak yang sakit ke sekolah sehinggalah sembuh sepenuhnya.


Pihak sekolah cakna dan sangat serius menangani penularan wabak ini selaras dengan arahan dan SOP yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia & Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sekian, terima kasih.

Thursday, March 12, 2020

Program Ziarah Cakna 2020 (Siri 3)

Program Ziarah Cakna diteruskan lagi pada hari ini dengan menziarahi keluarga murid iaitu Siti Zulaikha bt Mohd Zaizi (6 Engineer) dan Muhammad Zain bin Zaizi (2 Nitrux) di IT Dayana, Taman Putra Perdana.

Bapanya En Mohd Zaizi telah mengalami strok sejak 7 tahun lalu dan kini masih terlantar di katil tanpa boleh bekerja seperti bapa yang lain.

Walaubagaimanapun, ketabahan Puan Zubaidah ibu kepada murid ini sangatlah kami kagumi. Semoga keprihatinan pihak sekolah dan PIBG dengan ujian yang dialami oleh keluarga ini sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan keluarga ini.

Lawatan hari ini dihadiri oleh :

Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali (Guru Besar)
Tn Hj Khairul Azhar b Muhammad Suffian (YDP PIBG)
Datin Noraizah bt Dun (PK HEM)
Pn Juli bt Mahbah (Guru Bimbingan & Kaunseling)
Pn Nor Arzah bt Hussin (Guru Bimbingan & Kaunseling)
Cik Roslinda bt Mansor (Guru Kelas, 6 Engineer)
Pn Safinatunajakh bt Mat Som (Guru Kebajikan)

Gambar semasa lawatan dijalankan:

Zulaikha dan Muhammad Zain bersama ibu dan neneknya

Tn Hj Khairul Azhar (YDP PIBG) turut bersama-sama dalam lawatan ini

Bergambar kenangan  bersama keluarga Pn Zubaidah 

Suka melihat keletah Muhammad Zain yang bijak

Sedikit sumbangan daripada pihak sekolah



  
Bersama AJK PIBG; En. Hafiz di luar rumah

Wednesday, March 11, 2020

Perkembangan Kerja-Kerja Naiktaraf Surau SKTPP (11.3.2020)

~ Kawasan pembinaan surau sudah dipasang pita keselamatan bagi mengelakkan murid-murid mendekati & memasuki kawasan tersebut.
~ Mesyuarat Khas Surau diadakan pagi ini. Ahli mesyuarat dimaklumkan kerja-kerja fizikal telah 90% siap. Tinggal kemasan lantai dan peralatan seperti lampu, kipas, aircond dll.
   Pihak sekolah dan PIBG amat memerlukan sumbangan tuan / puan bagi menampung kos pembinaan fizikal & pembelian peralatan / kemasan tersebut. Sumbangan boleh disalurkan kepada :
PIBG SK TAMAN PUTRA PERDANA
No. akaun Bank Kerjasama Rakyat Malaysia :
111381003122
Sumbangan yang diberi didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Semoga segala usaha murni kita mendapat redha Allah swt.  Aamiin...













Monday, March 9, 2020

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-11 (Sesi Petang)

Tarikh   : 9 Mac 2020
Hari      :  Isnin
Masa     : 1.20 - 2.10 petang
Tempat :  Dewan Perdana

Pengacara Majlis : Puan Nur Azlin binti Mat Nor


Guru Bertugas :

1. Encik Abdul Hafiz Bin Abdul Halil
2. Puan Salina Binti Mohd Tasu
3. Puan Nur Malisha Binti Omar
4. Puan Nurazlin Binti Mat Nor
5. Puan Nora Azean Binti Che Othman
6. Puan Fadhilah Binti Talib
7. Cik Parimala a/p Panniselvam


Laporan/Ulasan

1. Perhimpunan sesi petang dimulai dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah.

2. Perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa. Bacaan doa telah dipimpin oleh adik Muhammad Dirar Azwar Bin Alias dari kelas 3 Vivo.



3. Bacaan Ikrar Rukunegara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya.


4. Bacaan Ikrar Murid diketuai oleh adik Harraz Khan bin Fariz Khan (Ketua Pengawas Sekolah Sesi Petang) dari kelas 3 Sony.



5. Laporan guru bertugas minggu lepas disampaikan oleh Puan Ummu Athiah binti Hashim.


  • Murid diingatkan untuk tidak berlari bagi mengelakkan kecederaan terutamanya semasa waktu rehat dan semasa menuruni anak tangga.
  • Kawasan surau dan sekitarnya adalah kawasan larangan kerana sedang dalam proses pengubahsuaian. Murid tidak dibenarkan berada di sekitar kawasan tersebut kerana dibimbangi berlakunya kecederaan.
  • Murid-murid diingatkan supaya tidak menyepak kasut-kasut yang telah disusun di depan bilik-bilik khas mengelakkan kehilangan kasut.

6. Tema ucapan : Keselamatan Diri
  • Jangan berlari dalam kawasan sekolah dan menolak kawan semasa menuruni tangga.
  • Jangan membawa alatan tajam seperti gunting, pisau atau alatan yang boleh mencederakan orang lain.
  • Jangan keluar pagar sekolah jika belum waktu pulang kerana dibimbangi anda akan diculik atau dibawa lari oleh orang yang tidak dikenali.

7. Lawad

Bahasa Melayu
menghiris = memotong nipis-nipis

Bahasa Inggeris
car = kereta

Bahasa Arab 
الباب = pintu

8. Pertandingan Keceriaan Kelas. Tahniah kepada semua pemenang.

a) Tahun 1

Tempat Ketiga : 1 Topaz

Tempat Kedua : 1 Zircon

Tempat Pertama : 1 Turquiose

b) Tahun 2
Tempat ketiga: 2 Unix

Tempat Kedua : 2 Oracle

Tempat Pertama : 2 Nitrux
 c) Tahun 3

Tempat Ketiga : 3 Iphone

Tempat Kedua : 3 Asus

Tempat Pertama : 3 Huawei

9. Ucapan PK Petang - Puan Jumilah binti Ahmad.
  • Murid diingatkan tentang adab dengan guru, murid-murid perlu menghormati dan mendengar apa yang guru cakap.
  • Adab pergi ke pejabat, murid perlu menggunakan pintu hadapan dan memberi salam.
  • Adab ke kelas lain, murid perlu ketuk pintu dan bagi salam serta minta izin guru matapelajaran semasa yang ada di dalam kelas.
  • Jika guru matapelajaran terlambat masuk kelas, jangan keluar kelas. Ketua dan penolong ketua kelas bersama pengawas sekolah jika ada, pastikan kelas berada dalam keadaan terkawal.


10. Hebahan Covid-19 oleh Kelab Doktor Muda di bawah bimbangan Puan Nor Nadzirah binti Abd Rahman dan Puan Salmi binti Adnan.

Penerangan tentang Novel Corona Virus oleh Adik Khaasif Kihara Binti Ahmad Fadhlan (3 Vivo).

Penerangan cara pemakaian mask yang betul.

Penerangan penggunaan 'hand sanitiser' kepada semua murid.

"Kelab Doktor Muda Sesi Petang"

Semoga kita semua terhindar daripada terkena virus Covid 19.

Perhimpunan berakhir pada pukul 2.10 petang.