Monday, March 2, 2020

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-10 (Sesi Petang)

Tarikh : 2 Mac 2020
Hari : Isnin
Masa : 1.20 - 1.50 petang
Tempat : Dewan Perdana SKTPP 
Pengacara Majlis: Ummu A'thiah binti Hashim


Senarai Guru Bertugas:
  1. Mohd Hadri bin Ag Idris
  2. Ummu A'thiah binti Hashim
  3. Nornadzirah binti Abd. Rahim
  4. Noor Azlinda binti Kasmin
  5. Nur Affiqah binti Ahmad Subian
  6. Norazmira binti Kadirun
  7. Siti Aisah binti Hanafi

Agenda Perhimpunan:

1. Nyanyian 3 buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.

2. Bacaan doa oleh adik Muhammad Dirar Azwar bin Alias (3 Vivo).



3. Ikrar Sekolah dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya.



4. Ikrar murid diketuai oleh adik Harraz Khan bin Fariz Khan (3 Sony).



5. Laporan guru bertugas minggu lepas (Minggu ke-9) disampaikan oleh Ustaz Muhamad Saiffol bin Ngabiah.


  • Semua murid hendaklah sama-sama menjaga kebersihan sekitar sekolah.
  • Murid-murid dilarang berada di kawasan padang, dataran dan tempat meletak kereta semasa waktu rehat.
  • Pada waktu solat, murid-murid diingatkan untuk memakai kasut semasa mengambil wudhu'.
  • Semua murid Islam hendaklah beratur dan membaca doa bersama-sama sebelum tamat waktu persekolahan.

6. Tema ucapan : Budaya Memberi Salam
  • Ucapan salam itu adalah termasuk dalam doa sesama muslim. Memberi dan menjawab salam bererti saling mendoakan antara seorang muslim kepada muslim yang lain.
  • Walaupun memberi salam itu sunat tapi menjawab salam adalah menjadi wajib bagi seorang muslim. Pahala memberi salam juga adalah lebih besar daripada menjawab salam.
  • Budaya memberi salam perlu diterapkan di luar kelas terutamanya apabila murid berselisih dengan guru, pekerja sekolah, pelawat dan sesama murid.
  • Kebaikan budaya memberi salam :
  1.  Tanda menghormati guru atau orang yang lebih tua.
  2.  Mengeratkan hubungan silaturrahim dan mesra di antara guru dan murid serta sesama murid.
  3.  Saling mendoakan kesejahteraan di kalangan warga sekolah.

7. Perkataan LAWAD :
  • Bahasa Melayu : menghiris (memotong nipis-nipis)
  • Bahasa Inggeris : newspaper (surat khabar)
  • Bahasa Arab : ainun (mata)

8. Memperkenalkan barisan guru bertugas mingguan.



9. Penyampaian hadiah kebersihan dan keceriaan kelas.

       Tahun 1
       Pertama : 1 Turquoise
       Kedua : 1 Zircon
       Ketiga : 1 Emerald



       Tahun 2 
       Pertama : 2 Oracle
       Kedua : 2 Nitrux
       Ketiga : 2 Unix    



       Tahun 3
       Pertama : 3 Huawei
       Kedua : 3 Asus
       Ketiga : 3Vivo



10. Ucapan Penolong Kanan Petang, Puan Jumilah binti Ahmad.
  • Kejadian kehilangan kasut dalam kalangan murid semakin kerap berlaku khususnya di bilik-bilik khas. 
  • Murid diberi amaran agar tidak menyorokkan kasut kawan kerana bukan semua murid berkemampuan untuk membeli kasut baharu.
  • Membuli rakan merupakan satu kesalahan disiplin. Sekiranya berlaku kejadian buli, murid hendaklah melaporkan kepada guru. 

11. Penyampaian sijil penghargaan sempena Selangor World Thinking Day (WTD) Run 2020.
  • Selangor World Thinking Day (WTD) Run 2020 anjuran Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Selangor telah diadakan pada 23 Februari 2020 (Ahad) yang lalu bertempat di Taman Tasik Cyberjaya.
  • Program ini telah mengumpulkan seramai lebih 3000 ahli Pandu Puteri seluruh negeri Selangor.
  • Adik Nur Dayana Qamelia binti Nasrol Nizam (3 Iphone) telah mendapat tempat ke-6 (Sijil Emas) dalam Kategori Tunas.


Perhimpunan berakhir pada pukul 1.50 petang.

Disediakan oleh :
Norazmira binti Kadirun

No comments:

Post a Comment