Friday, October 2, 2020

Laporan Bertugas Persekolahan Minggu ke-37 (Sesi Petang)

Tarikh : 28 September hingga 2 Oktober 2020

Hari  : Isnin - Jumaat
Masa : 1:00 petang - 6:00 petang
 
Senarai Guru Bertugas:

Mohamad Hasbullah bin Zainal Abidin
Rozimah binti Yaakob
Hastipa @ Zaiton binti Mat Daud
Ummu A'thiah binti Haji Hashim
Noor Azlinda binti Kasmin 
Norazmira binti Kadirun
Nornadzirah binti Abdul Rahim
Nur Affiqah binti Ahmad Subian
Roslelawati binti Ibrahim
Ranjiny a/p Rajah
Suziana binti Makhtar

Sesi persekolahan pada minggu ini berjalan lancar. Murid-murid dan ibu bapa sudah mula selesa dengan sesi persekolahan kebiasaan baharu ini. Walaupun begitu, semua warga SK Taman Putra Perdana tetap sentiasa mengamalkan norma baharu selaras  dengan Standard Operation Procedure (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Murid-murid sentiasa diingatkan oleh guru supaya menjaga penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dengan betul dan menjaga kebersihan diri agar semuanya terhindar dari jangkitan COVID-19. 

Berikut dikongsikan gambar-gambar sepanjang tempoh persekolahan sesi petang pada minggu ini.

Guru bertugas sentiasa mengambil suhu murid di pintu masuk

Guru bertugas membantu mencatat suhu murid yang berkemungkinan lupa

Murid-murid juga sentiasa diingatkan untuk membasuh tangan sebelum masuk ke kelas

Rutin biasa yang agak sibuk di pintu pagar B

Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum

Pelaksanaan aktiviti kokurikulum yang pertama selepas PKP telah bermula pada minggu ini, iaitu pada hari Rabu (30 September 2020). Murid-murid Tahun 3 dikecualikan dari aktiviti kokurikulum sepanjang tahun ini. Namun guru-guru sesi petang perlu hadir bertugas untuk aktiviti kokurikulum membantu guru-guru sesi  pagi bermula pukul 12.30 tengah hari hingga 1.20 petang.

Guru-guru bertugas mingguan dikecualikan dari aktiviti kokurikulum. Mereka menjalankan tugas untuk mengambil suhu murid dan mengawasi murid sesi petang yang hadir awal di setiap tingkat Tahun 1, 2 dan 3.  
Murid-murid sesi petang yang hadir awal berada di kelas-kelas dengan pengawasan guru bertugas dan ketua guru disiplin sesi petang iaitu Ustaz Saiffol.

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Persembahan Pantun Minda Sihat

Satu majlis ringkas penyampaian hadiah untuk Pertandingan Persembahan Pantun Minda Sihat Tahun 1 dan 2 telah diadakan di Bilik Bimbingan & Kaunseling pada hari Khamis (1 Oktober 2020). Hadiah kepada semua peserta telah disampaikan oleh Pn Hajjah Rohaidah binti Mohd Ali (Guru Besar SKTPP). Beliau diiringi oleh Penolong Kanan Petang (Pn Jumilah binti Ahmad) sepanjang majlis ini berlangsung.

Pemenang dan peserta Pantun Tahun 1
Pemenang dan peserta Tahun 2

Semoga semua warga SKTPP sentiasa terpelihara daripada sebarang musibah dan dapat meneruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam suasana yang ceria dan sejahtera.  

No comments:

Post a Comment