Friday, February 19, 2021

Laporan Bertugas Minggu Ke-5 (Sesi Pagi)

Tarikh: 15 Februari 2021 hingga 19 Februari 2021

Nama Guru Bertugas:

1. Nurhanim binti Ismail (K)

2. Norliza binti Ali @ Yasim (P)

3. Noriza binti Md Nor

4. Syahirah binti Tumar

5. Mawaddah binti Kamarulzaman

6. Nur Zakiah binti Md Diah

7. Ahmad Tirmiezi bin Baharuddin

8. Mohd Izwan bin Mohd Jowahar

9. Ahmad Mustafid bin Mat Sharif

10. Julaili binti Onian

11. Nurhayati binti Mohamed Nor

Minggu ini merupakan minggu ke-5 sesi persekolahan pada tahun 2021. Sesi PdPR berjalan seperti biasa sebagamana yang dirancang. Guru-guru dan murid-murid semakin biasa dan semakin mesra dalam mengikuti PdPR. Ibu bapa semakin mempunyai kesedaran yang tinggi untuk memastikan anak-anak dapat mengikuti PdPR.

Di sini saya akan kongsikan beberapa bingkisan gambar yang memaparkan suasana PdPR.

Guru-guru sedang menjalankan PdPR di kediaman masing-masing.

Pada 15 Februari 2021, Isnin, tiga orang guru baharu telah melapor diri di SKTPP.

Guru baharu, Azwane binti Adnan, Muhammad Fakhrul Hafiz bin Awang dan Nurul Hanani binti Mohamad Kamal melapor diri di SKTPP

Pada 16 Februari 2021, Selasa, sekolah kita dikunjungi oleh Pegawai PPKI JPS dan PPD bagi berbincang dan meninjau lokasi projek penyelenggaraan dan penyediaan kemudahann dan kelas mesra OKU yang dijangka bermula pada April / Mei 2021 nanti.

Kunjungan mesra Pegawai PPKI JPS dan PPD

Pada sebelah malam 18 Februari 2021, Khamis,  warga SKTPP menyertai Ceramah Kesedaran Bahaya Dadah Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) bersempena dengan Hari AntiDadah Kebangsaan. Tema pada tahun ialah Lebih Baik Cegah. Program ini berlangsung secara maya.

Bingkisan foto Ceramah Kesedaran Bahaya Dadah Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 

Pada 19 Februari 2021, Jumaat, dua orang guru yang telah bertukar masuk ke SKTPP awal tahun ini telah hadir ke sekolah melapor diri kepada Guru Besar. Selamat datang dalam keluarga SKTPP.

Cikgu Zaleha binti Sitam dan Ustazah Nur Wahidatuldinah binti Hassan; kedua-duanya dari Sarawak
                     
Disediakan oleh,
Norliza binti Ali @ Yasim  

No comments:

Post a Comment