Monday, February 1, 2021

Pengagihan Buku Teks Tahun 2021

Pengagihan buku teks bagi tahun 4, 5 dan 6 sesi 2021 adalah pada ketetapan berikut :

Tarikh  : 25 - 27 Januari 2021

Hari      : Isnin, Selasa dan Rabu

Masa     : 8.30 pagi - 12.00 tengah hari (Sesi 1)

               12.00 tengah hari - 4.00 petang (Sesi 2)

Tempat : Bilik Operasi SPBT Sekolah (BOSS), SK Taman Putra Perdana

Jadual Pengambilan Buku Teks Tahun 4, 5 dan 6


Ibu bapa/ penjaga memberikan komitmen yang baik kerana dapat meluangkan masa untuk hadir ke sekolah bagi tujuan pengambilan buku teks kegunaan sesi 2021. Alhamdulillah proses pengambilan buku teks berjalan dengan lancar mengikut garis panduan dan SOP yang telah ditetapkan. Tahniah kepada guru-guru SPBT dan guru-guru kelas kerana berjaya melaksanakan sesi pengagihan buku teks ini dengan jaya dan lancar. Terima kasih juga kepada ibu bapa/penjaga yang memberi kerjasama baik  dalam mematuhi SOP sepanjang sesi pengambilan buku teks berlangsung. Semoga kerjasama yang terjalin memudahkan segala urusan pada masa akan datang. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

Berikut adalah gambar yang diambil semasa sesi pengambilan buku teks :

Guru yang berugas menjaga kaunter Pemulangan Borang Semakan Buku Teks  

Guru SPBT menjaga kaunter pemberian buku teks

Guru-guru kelas tahun 6 mengambil kehadiran ibu bapa/penjaga

Kaunter pembayaran PIBG

Guru-guru kelas tahun 5 mengambil kehadiran ibu bapa/penjaga

 YDP PIBG  Tuan Haji Khairul Azhar Bin Mohammad Suffian bersama guru-guru yang bertugas

  Pn. Hjh Rohaidah Binti Mohd Ali (Guru Besar SKTPP) menyantuni Tuan Haji Khairul Azhar Bin Mohammad Suffian (YDP PIBG SKTPP) melihat proses pengambilan buku teks

Ibu bapa/ penjaga membuat semakan buku yang diterima

Disediakan oleh : Mawaddah binti Kamarulzaman

No comments:

Post a Comment