Monday, October 4, 2021

Anugerah Kelas Terbaik PdPR Bagi Bulan Ogos dan September 2021

Unit Guru Penyayang sekali lagi mengorak langkah baharu dalam meraikan murid-murid SKTPP sepanjang tempoh Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Bagi menghargai penglibatan dan usaha guru-guru bersama murid-murid, Unit Guru Penyayang bersama barisan pentadbir telah mengambil inisiatif untuk memberikan anugerah kepada kelas-kelas yang mencapai peratus penglibatan murid yang mengikuti sesi PdPR.

    Objektif Anugerah Kelas PdPR Terbaik:

  • meningkatkan penglibatan murid-murid dalam kelas PdPR.
  • memotivasikan murid-murid dalam meningkatkan pencapaian akademik.
  • mewujudkan persaingan yang sihat antara kelas-kelas yang terlibat.

    Kriteria pemilihan untuk Anugerah Kelas Terbaik PdPR ini adalah seperti berikut:

  • penilaian dibuat menggunakan laporan kehadiran dan penglibatan murid dalam SPdPR.
  • penilaian dibuat dalam tempoh 2 bulan sekali.
  • sijil penghargaan akan diberikan kepada kelas terbaik mengikut tahun - Pra, PPKI, Tahun 1 hingga Tahun 6.
  • Hadiah akan diberikan kepada kelas yang mendapat purata peratus paling tinggi sepanjang penilaian dibuat.
    Tahniah kepada semua kelas yang berjaya menggondol gelaran Anugerah Kelas Terbaik PdPR bagi bulan Ogos dan September. Semoga anugerah yang diberikan ini mampu memotivasikan guru-guru dan murid-murid untuk terus memberikan komitmen sepanjang sesi PdPR berlangsung. 

    Tahniah guru-guru yang hebat.
    Tahniah murid-murid yang hebat.
    Tahniah para ibu bapa yang hebat.

"Murid disayangi, PdPR disertai, Guru dihormati".



Tahun 6 Jujur

Tahun 5 Ibnu Sina

Tahun 4 Vivo

Tahun 3 Oracle

Tahun 2 Citrine

Tahun 1 Tempua

Prasekolah Mawar

PPKI Petanque

No comments:

Post a Comment