Saturday, October 23, 2021

Laporan Bertugas Minggu ke-35 (Sesi Petang)

Tarikh : 18 - 22 Oktober 2021

Senarai guru yang bertugas minggu ini:

1. Hariz Safwan Bin Yaacob (Ketua)

2. Nor Rafini Binti Othman (Penolong Ketua)

3. Salina Binti Mohd Tasu

4. Mohd Hadri Bin Ag Idris

5. Nurazlin Binti Mohd Noor

6. Rohani Binti Mansor

7. Rozimah Binti Yaakob

8. Zalina Binti Ismail

9. Suphasara Supranie A/P Airak

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung blog SK Taman Putra Perdana. Minggu ini merupakan minggu ke-35 persekolahan bagi tahun 2021. Pembelajaran secara PdPR untuk murid tahap 1 masih diteruskan. Walaupun pembelajaran dijalankan secara atas talian mahupun secara luar talian, namun semangat murid-murid dan para ibubapa tidak pernah luntur dalam memastikan kelestarian pembelajaran norma baharu. Tahniah kepada semua murid dan ibubapa di atas komitmen yang diberikan selama ini. 

Berikut merupakan gambar-gambar sepanjang berlangsungnya PdPR secara atas talian mahupun secara luar talian sepanjang minggu ini.



Diharap semua murid dan para ibu bapa serta para guru terus bersemangat dalam menjayakan sesi pembelajaran secara PdPR. 

Pada minggu ini juga bermulalah pembelajaran secara bersemuka untuk murid-murid prasekolah SK Taman Putra Perdana. Berikut merupakan foto-foto semasa ketibaan murid-murid.



Beberapa aktiviti lagi turut diadakan pada minggu ini, antaranya ialah :

1. Kem Bestari Solat
 
Kem Bestari Solat ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam dan pelancarannya diadakan secara atas talian melalui platform youtube. Diharap murid-murid mendapat manfaat dari program tersebut. 



2. Kokurikulum

Aktiviti kokurikulum secara atas talian turut diadakan. Minggu ini adalah minggu untuk unit beruniform. Tahniah kepada semua murid di atas semangat yang ditunjukkan dalam menyertai aktiviti unit beruniform masing-masing. 



Walaupun negara kita sedang dilanda wabak covid 19, namun diharap semua murid, ibubapa serta guru dapat meneruskan kesinambungan pembelajaran dalam norma baharu demi kelestarian pendidikan negara kita. 


Disediakan oleh,

Salina Binti Mohd Tasu
(Guru Bertugas Minggu ke-35)

No comments:

Post a Comment