Friday, February 10, 2023

Laporan Bertugas Minggu ke-41(Sesi Pagi)

Tarikh : 7 Februari - 10 Februari 2023
Hari : Selasa - Jumaat 
Tema : Jenayah Siber

Senarai Guru Bertugas Kumpulan E :

1. Pn Noriza Binti Md Nor (Ketua)
2. Pn Zaleha Binti Sitam (Penolong)
3. Cik Syahirah Binti Tumar
4. Pn Mawaddah Binti Kamarulzaman
5. Pn Nur Zakiah Binti Md Diat
6. En Ahmad Tirmiezi Bin Baharuddin
7. Pn Hanifah Binti Ramlee
8. En Ahmad Mustafid Bin Mat Sharif
9. Pn Julaili Binti Onian 
10. Pn Nurhayati Binti Mohamed Nor
11. En Zairuddin Bin Mohamad Kelsom
12. Pn Norliza Binti Ali@Yasim

Minggu ini merupakan minggu kedua terakhir sesi persekolahan bagi tahun 2022/2023. Seperti kebiasaan guru-guru telah bertungkus lumus melaksanakan pelbagai aktiviti dan majlis yang telah dirancang  pada minggu-minggu akhir persekolahan ini. Antara majlis yang diadakan adalah majlis khas untuk murid Tahun 6 iaitu Majlis Graduasi kali ke-11 dan Jamuan Perpisahan "Sulaman Kasih, Seluhur Budi" Tahun 6 sesi 2022/2023. Majlis ini diadakan bagi memberikan pengalaman dan kenangan memori di sekolah rendah buat murid-murid Tahun 6 sebelum meninggalkan alam sekolah rendah. Alhamdulillah majlis yang diadakan berjalan dengan lancar disamping mencipta memori indah antara guru-guru dan murid-murid Tahun 6. Pada minggu ini juga semua murid telah diagihkan buku teks untuk kegunaan penggal baru iaitu buku teks bagi tahun 2023/2024 yang akan digunakan bermula pada 20 Mac 2023. Harapan Unit SPBT SKTPP murid- murid dapat menjaga dan menggunakan buku teks yang diberi dengan sebaiknya "Sayangi Buku Teks".
 





Berikut dilampirkan suasana persekolahan pada minggu ini:

  • Gambar murid-murid hadir ke sekolah melalui pintu Pagar A dan Pagar B



















  • Gambar-gambar murid di Dewan Perdana selapas waktu rehat untuk naik ke kelas




  • Gambar murid- murid pulang melalui pintu Pagar B





  • Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat dirakam sebelum dan semasa Majlis Graduasi  kali ke-11 dan Jamuan Perpisahan "Sulaman Kasih, Seluhur Budi" Tahun 6 sesi 2022/2023 :




























Demikian secara ringkas laporan pada minggu ini. Semoga murid-murid dapat mencipta memori indah sepanjang sesi persekolahan sepanjang sesi 2022/2023 dan lebih bersemangat untuk penggal baru pada 20 Mac 2023 akan datang. Disamping itu, semoga murid-murid Tahun 6 tidak melupakan guru-guru di SKTPP malah membawa segala ilmu yang diberi oleh guru-guru SKTPP ke alam sekolah menengah agar menjadi insan yang lebih baik dan cemerlang. Ucapan Jutaan terima kasih buat semua guru yang telah berjaya melaksanakan aktiviti dan majlis untuk murid-murid SKTPP dengan gilang gemilang bagi sesi 2022/2023. 

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh : Mawaddah Binti Kamarulzaman

No comments:

Post a Comment