Pages

Monday, November 11, 2024

 

Tarikh                   : 6 November 2024

Masa                   : 1 – 3 (petang)

Sasaran              : Murid Tahap 2

Anjuran               :Kelab Badminton Unit Kokurikulum SKTPP

Tajuk                   : Kursus Asas Badminton Peringkat Sekolah

 

 

Pengenalan Permainan Badminton

 

Murid-murid diberi pendedahan berkaitan berikut:

 

1.Sejarah badminton

2.Gelanggang badminton

3.Peralatan

4.Pemain

5.Peraturan permainan badminton

6.Kemahiran dan Teknik Badminton

Ø  Kemahiran servis dan menjaring

Ø  Pergerakan dalam badminton

Ø  Latihan lambung bulu tangkis

 

Sejarah Badminton

Penerangan sejarah badminton secara ringkas disampaikan oleh Puan Ummu A’thiah binti Hashim

 

 


Gelanggang Badminton


Murid-murid diperkenalkan dengan gelanggang badminton.


Peralatan



Murid-murid didedahkan dengan peralatan badminton.

Pemain

Badminton adalah permainan raket yang dimainkan secara perseorangan (satu lawan satu) ataupun secara beregu (dua lawan dua).

Peraturan Permainan Badminton

Murid-murid diberi penerangan peraturan permainan badminton. Peraturan permainan badminton seperti berikut:

·    -Ukuran gelanggang badminton ialah 17 kaki (5.18m) lebar untuk dimainkan oleh dua orang pemain

·    -Ukuran 44 kaki (13.41m) lebar untuk permainan melibatkan empat orang

·   - Jaring diletakkan di tengah gelanggang dengan ketinggian 5 kaki (1.52m) dari tanah di bahagian tengahnya, manakala ketinggian hujung jaring berukuran 5 kaki 1 inci(1.55m) semasa diikat pada tiang.

·    


Kemahiran dan Teknik Badminton

 


Ø  Pergerakan dalam badminton

Teknik footwork merupakan aspek penting.Murid-murid perlu tentukan   starting point.

·       Jika perlu mundur,maksimum tiga  langkahJika perlu bergerak ke kanan atau ke kiri, 

     maksimum tiga kali.  Jika perlu maju, maksimum tiga langkah.

·  


 

Ø  Kemahiran servis dan menjaring

 

Servis merupakan pukulan pembuka yang dilakukan untuk memulai permainan dan mencari mata.

Menjaring merupakan salah satu keterampilan dalam permainan bulu tangkis.

 

 


Ø  Latihan lambung bulu tangkis

 

Pukulan lambung dalam bulu tangkis adalah pukulan yang membuat bola melambung tinggi dan jatuh di balakang garis lapangan lawan.


Disediakan oleh,

SIDRATUL AYUNI BINTI ARIS

Friday, November 8, 2024

Laporan Berugas Minggu Ke - 33 (Sesi Pagi)

Laporan Bertugas Minggu ke - 33 (Sesi Pagi)

Kumpulan: B

Minggu: 27

Tarikh: 4 hingga 11 November 2024

Hari: Isnin

Masa: 7:30 pagi - 8:00 pagi

Tempat: Dewan Perdana


Senarai Nama Guru Bertugas :

1. Junaidah binti Rus (K)

2. Norli binti Hassan (P)

3. Norsiah binti Mohd Nor

4. Nanthini a/p Nadason

5. Nurhayati binti Mohamed Nor

6. Norlida binti Othman

7.  Zaleha binti Sitam

8. Ahmad Syahir bin Tohit

9. Tarmiji bin Sabali

10. Nor Azura binti Mustafa

11. Roseniza binti Setapa

12. Norinna binti Mohamed



 Nyanyian 3 buah lagu


Bacaan Doa


Bacaan Ikrar


Ucapan Penutupan Bulan Pusat Sumber 2024 - Guru Besar







Penyampaian Hadiah Pertandingan Terbuka Kategori Murid, Guru & Staf


Penyampaian Hadiah Keceriaan Kelas Minggu Ke-31


Penyampaian Hadiah Olahraga MSSM


Waktu pagi Pagar A


Waktu pagi Pagar B

Monday, November 4, 2024

Majlis Penutupan Bulan Pusat Sumber Sekolah 2024 (Sesi Petang)

Setelah sebulan berlangsung,tibalah masa Kempen Galakan Membaca dan Galak Guna Pusat Sumber Sekolah sempena Bulan Pusat Sumber  Sekolah melabuhkan tirainya. Majlis Penutupan Bulan Pusat Sumber Sekolah dilaksanakan serentak dengan perhimpunan mingguan di Dewan Perdana SKTPP dan berlangsung dalam suasana ringkas namun meriah .

Buku Program 
Sila klik pautan https://anyflip.com/lpipe/jvno/

Majlis dimulakan dengan perhimpunan rasmi tepat jam 1 petang dan diikuti dengan ucapan aluan pengacara majlis.Seterusnya ucapan penutupan Bulan Pusat Sumber  Sekolah 2024 yang disampaikan oleh Puan Rohaya binti Rosli selaku Guru Penolong Kanan Petang.Dalam ucapannya,beliau mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam penganjuran Program Bulan Pusat Sumber Sekolah sepanjang bulan Oktober.Beliau turut memuji sikap murid-murid yang memberi sokongan yang baik sepanjang program ini berlangsung.

Gandingan duo pengacara mantap melancarkan majlis.

Penolong Kanan Petang,Puan Rohaya binti Rosli menyampaikan ucapan.

Majlis diteruskan dengan tayangan video bertajuk' Classic Fairy Tales & Our Sweets Journeys' yang memaparkan segala aktiviti dan pertandingan yang berlangsung sepanjang Program Bulan Pusat Sumber Sekolah  2024 ini.Turut mengisi slot majlis penutupan ini ialah acara penyampaian hadiah bagi pertandingan terbuka kategori murid seperti yang berikut:

  • Literasi maklumat- 'Right Under My Nose'
  • Sudut NILAM terbaik- 'Our Literary Haven'
  • Pengunjung teraktif Pusat Sumber- 'The Great Explorer'
Pertandingan terbuka kategori guru dan staf:
  • Membina BBM digital 'My Secret Recipe'
  • Swafoto- 'Antara Aku,Buku &...'The Charms'
  • Pembaca buku terbanyak- 'The Wordsmith'
  • Pengunjung teraktif Pusat Sumber- 'The Great Wonderer'
Antara pemenang acara terbuka murid.Tahniah!

Antara pemenang di kalangan guru.Tahniah!

Kemuncak majlis diadakan sesi fotografi sebagai tanda kenang-kenangan.Secara keseluruhan Majlis Penutupan Bulan Pusat Sumber Sekolah 2024 berjalan lancar dan berjaya mencapai matlamat yang diharapkan.Sekalung penghargaan buat semua warga SKTPP yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Bulan Pusat Sumber Sekolah 2024.Jumpa lagi tahun depan.
-The end-

Sesi fotografi memahat kenangan.



Daripada;
Nor Holwani binti Yahaya
AJK Posting Blog
Bulan PSS 2024

Laporan Bertugas Minggu ke-33 (Sesi Petang)

Kumpulan: B

Minggu: 33

Tarikh: 4 November 2024

Hari: Isnin

Masa: 1:00 petang - 1:30 petang

Tempat: Dewan Perdana

Tema Warna:  Merah


1. Juruacara: 

Iman Zahraa binti Mu'az (3 Volkswagen)


2. Konduktor 3 Buah Lagu: 

Puan Salina binti Mohd Tasu


3. Pembaca Doa: 

Muhammad  Habib Firas bin Mohd Herman (3 Volkswagen)


4. Pembaca Ikrar Rukun Negara: 

Aqeef Qawiem bin Arzeky (3 Volkswagen)


5. Laporan Guru Bertugas Minggu Ke-32 :

*TIADA*


6. Ucapan Guru Bertugas Mingguan: Shurhama binti Ahmad


7. Tema Mingguan:  Berkomunikasi Dengan Berhemah

*TIADA*


8. L.A.W.A.D:

* BM: ada bakat - mempunyai kebolehan

* BI: fun - seronok

* BA: ummun - ibu

*TIADA*


9. Lain-Lain Pengumuman:


 - Ucapan Penutupan Bulan Pusat Sumber 2024 - Tuan Guru Besar


 - Penyampaian Hadiah Pertandingan Terbuka Kategori Murid, Guru & Staf


10. Ucapan Pentadbir: Puan Rohaya binti Rosdi (Penolong Kanan Petang)

- *TIADA*


Barisan guru bertugas Kumpulan B


Wajah ceria guru-guru bertemakan merah.

Pengacara Majlis untuk Penutupan Bulan Pusat Sumber 2024

Murid-murid tekun mendengar ucapan dari PK Petang, Puan Rohaya bt Rosdi.

Penyampaian hadiah untuk guru.

Penyampaian hadiah untuk murid.

Semua guru bergambar kenangan di Majlis Penutupan Bulan Pusat Sumber.



Majlis Penutupan Bulan Pusat Sumber Sekolah 2024 (Sesi Pagi)

 Hari   : Isnin

Tarikh : 4/11/2024

Tempat : Dewan Perdana

Tema   : Classic Fairy Tale


Tanggal 28 Oktober 2023 bersamaan hari Isnin telah berlangsungnya Majlis Penutupan Bulan Pusat Sumber SK Taman Putra Perdana bagi sesi 2024. Majlis ini bertemakan Classic Fairy Tales and Our Sweet Journeys. Setelah selama sebulan berlangsung aktiviti-aktiviti Kempen Galakan Membaca dan Galak Guna Pusat Sumber Sekolah ini, maka pada tarikh 28 Oktober 2024 ini Bulan Pusat Sumber Sekolah telah melabuhkan tirainya. Pelbagai aktiviti dan pertandingan telah dijalankan sepanjang Bulan Pusat Sumber Sekolah yang mana menggalakkan murid-murid turut serta dengan aktif dalam setiap pertandingan dan aktiviti yang dijalankan. Hal ini menjadikan Bulan Pusat Sumber penuh dengan kemeriahan dan keseronokkan kepada semua warga sekolah terutamanya murid-murid.


Buku Program Majlis Penutupan Bulan Pusat Sumber Sekolah 2024

Majlis bermula pada pukul 8.00 pagi dengan dimulai dengan ucapan aluan pengacara majlis. Seterusnya, ucapan penutupan Bulan Pusat Sumber Sekolah 2024 oleh Tuan Guru Besar Encik Mohd Izzuddin Bin Yoop. Ucapan ini memberikan penghargaan kepada murid-murid yang menyertai dan memenangi pertandingan serta aktiviti sepanjang Minggu Pusat Sumber. Majlis ini diadakan untuk menyampaikan hadiah kepada semua pemenang yang berajaya dalam setiap aktiviti dan pertandingan yang dijalankan. Tuan Guru Besar juga memberi ucapan tahniah kepada semua guru yang bertungkus lumus melaksanakan segala aktiviti-aktiviti yang dirancang sepanjang Minggu Pusat Sumber ini.



Majlis diteruskan lagi dengan tayangan video aktiviti dan pertandingan sepanjang Bulan Pusat Sumber 2024 yang bertemakan 'Classic Fairy Tales & Our Sweet Journey'. Telah dirakamkan dalam video ini segala aktiviti dan pertandingan yang disertai oleh murid-murid dan guru-guru sepanjang Bulan Pusat Sumber ini. Penuh dengan keceriaan dan keseronokkan di wajah murid-murid ketika menyertai dan serta mengikuti aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Ia merupakan satu pengalaman dan kenangan berharga kepada murid-murid sepanjang Bulan Pusat Sumber 2024 berlangsung ini. Semoga aktiviti-aktiviti seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan meningkatkan lagi penyertaan murid secara aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah. Disamping itu, dapat mencungkil bakat dan minat murid-murid serta meningkatkan pengetahuan murid dalam pelaksanaan program-program seperti ini.



Slot yang ditunggu-tunggu oleh semua murid dan guru dalam majlis penutup ini adalah penyampaian hadiah pertandingan terbuka kategori murid, staf dan guru seperti yang berikut:

  • Penyampaian Hadiah Pertandingan Terbuka Kategori Murid :
  1. Hafazan - 'Let's Recite and Retain'
  2. Nyanyian Solo - 'The Nightingale'
  3. Bercerita Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris 
  4. Melukis Doodles - "Our Beautiful Malaysia'
  5. Literasi Maklumat - 'Right Under My Nose'
  6. Sudut NILAM Terbaik - 'Our Literary Haven'\
  7. Peminjam Buku Terbanyak - 'The Library Patron'
  8. Pengunjung Teraktif Pusat Sumber - 'The Great Explorer'

  •  Penyampaian Hadiah Pertandingan Terbuka Kategori Guru & Staf :
  1. Membina BBM Digital - 'My Secret Recipe'
  2. Swafoto - 'Antara Aku, Buku &....' - 'the Charms'
  3. Pembaca Buku Terbanyak - 'The Wordsmith'
  4. Pengunjung Teraktif Pusat Sumber - 'The Great Wonderer '


Antara gambar-gambar yang dapat dirakamkan ketika penyampaian hadiah adalah seperti berikut :































Disediakan oleh :

Mawaddah Binti Kamarulzaman