Pages
Thursday, November 20, 2025
HARI ORIENTASI TAHUN 1 SESI 2026
Monday, November 17, 2025
Majlis Penutupan Bulan Pusat Sumber Sekolah 2025 (Sesi Petang)
Sepanjang 5 minggu berlangsung, Pusat Sumber Sekolah telah dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik sempena Bulan Pusat Sumber Sekolah 2025, yang bertemakan Flora dan Fauna, "Alam Khazanah Ilmu". Murid-murid, guru, dan kakitangan sekolah telah berpeluang menyertai pelbagai pertandingan dan program seperti pameran dan jualan buku, kuiz dan program Seronok Membaca dan Bercerita bersama Syarikat Mommy Happy yang memfokuskan tentang kepelbagaian tumbuhan dan haiwan di sekitar kita. Program ini bukan sahaja bertujuan untuk meningkatkan minat membaca dan menimba ilmu, malah turut memupuk kesedaran terhadap kepentingan pemeliharaan alam sekitar dan keindahan biodiversiti.
Kini, kita sampai ke detik yang dinanti-nantikan iaitu Majlis Penutupan Bulan Pusat Sumber Sekolah 2025. Majlis ini telah berlangsung pada 17 November 2025 serentak dengan perhimpunan mingguan di Dewan Perdana SKTPP, ia menjadi platform untuk meraikan pencapaian murid sepanjang bulan, menghargai penyertaan aktif mereka dalam setiap aktiviti, serta mengiktiraf usaha guru dan kakitangan dalam menjayakan program yang bermanfaat ini. Dengan tema Flora dan Fauna, majlis ini diharap dapat menanamkan minat dan kesedaran berterusan terhadap dunia semula jadi, sambil memperkukuhkan peranan pusat sumber sebagai nadi ilmu dan kreativiti di sekolah.
![]() |
| Buku Program Sila klik pautan untuk buku program penuh - |
- Pertandingan Bercerita Kategori Bahasa Melayu "Madah Nuri di Rimba"
- Pertandingan Bercerita Kategori Bahasa Inggeris "Harimau Mengaum"
- Pertandingan Jejak Maklumat "Akal Si Gagak"
- Kuiz Harian - "Bila Ayam Berkokok"
- Sudut NILAM Kelas Terbaik - "Pondok Merak"
- Peminjam Buku Terbanyak Kategori Murid - "Kancil Ujana Ilmu"
- Pengunjung Teraktif Kategori Murid - "Lebah Ujana Ilmu"
- Rekod Terbanyak Bahan Bacaan - "Raja Rimba"
- Pertandingan Membina Latihan Interaktif - "Sentuhan Semalu"
- Swafoto : Antara Aku, Buku dan (Flora dan Fauna)-"Anggun Bakawali"
- Pembaca Terbanyak - "Kijang Emas"
- Pengunjung Teraktif - Merpati Setia"
Friday, November 14, 2025
Laporan Aktiviti Bulan Pusat Sumber Sekolah 2025 (Sesi Petang)
Bulan Pusat Sumber Sekolah 2025 diraikan dengan penuh warna-warni dan semangat pembelajaran di seluruh sekolah. Dengan tema “Flora & Fauna”, pelbagai pertandingan telah dirangka bagi melibatkan semua murid , Prasekolah, Tahun 1, 2 dan 3 dan tidak lupa guru dan staf. Program ini bermula dengan perasmian pada 10 Oktober 2025, dan akan melabuhkan tirai pada 17 November 2025.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran murid tentang program membaca kebangsaan selaras dengan Dekad Membaca Malaysia 2020–2030, di samping menggalakkan penyertaan aktif murid dan guru dalam aktiviti galakan membaca serta memperkukuh pelaksanaan NILAM di sekolah. Selain memaksimumkan fungsi pusat sumber sebagai pusat maklumat utama, program ini turut memberi pendedahan tentang kemudahan yang selesa dan mesra pengguna, menyediakan ruang pembelajaran kendiri yang kondusif, serta mempromosikan penggunaan pusat sumber secara optimum. Di samping itu, program ini menekankan kepentingan literasi dan numerasi melalui pelibatan panitia, meningkatkan kesedaran bahawa semua unit sekolah berperanan sebagai sumber maklumat, dan membudayakan kolaborasi antara unit serta panitia dalam usaha menjayakan program sekolah.
BERIKUT ADALAH AKTIVITI YANG DIJALANKAN SEPANJANG BULAN PUSAT SUMBER SEKOLAH 2025
Prasekolah & Arus Perdana (Tahun 1–3)
Pertandingan Wajib Individu mengikut panitia mata pelajaran ialah :
- Melabel & mewarna haiwan hutan "Warna-Warni Warga Rimba" - Prasekolah
- Kuiz Siapa Cepat,(Fakta Asas Tambah Tolak), "Sepantas Kijang"- Murid pemulihan Tahun 2
- Kuiz Siapa Cepat,(Permainan Papan Matematik Darab), "Sepantas Rusa" - Murid pemulihan Tahun 3
- Tulisan cantik, "Simfoni Alam"- Tahun 1 (Panitia BM)
- Rhyme Time: Nature's Verse' "Madah Si Pipit"- Tahun 1,2 dan 3 (Panitia BI)
- Melabel Bahagian Tubuh Haiwan "Anatomi Si Warga Rimba" - Tahun 1 (Panitia Sains)
- Melengkapkan Kitar Hidup Haiwan "Si Comel Armadillo" - Tahun 2 (Panitia Sains)
- Teka Silang Kata "Ketuk-Ketuk Belatuk"- Tahun 3 (Panitia Sains)
- Pertandingan Bercerita Kategori Bahasa Melayu "Madah Nuri di Rimba"
- Pertandingan Bercerita Kategori Bahasa Inggeris "Harimau Mengaum"
- Pertandingan Jejak Maklumat "Akal Si Gagak"
- Kuiz Harian - "Bila Ayam Berkokok"
- Sudut NILAM Kelas Terbaik - "Pondok Merak"
- Peminjam Buku Terbanyak Kategori Murid - "Kancil Ujana Ilmu"
- Pengunjung Teraktif Kategori Murid - "Lebah Ujana Ilmu"
- Rekod Terbanyak Bahan Bacaan - "Raja Rimba"
- Pertandingan Membina Latihan Interaktif - "Sentuhan Semalu"
- Swafoto : Antara Aku, Buku dan (Flora dan Fauna)-"Anggun Bakawali"
- Pembaca Terbanyak - "Kijang Emas"
- Pengunjung Teraktif - Merpati Setia"
Di atas adalah poster-poster yang digunakan untuk menguar-uarkan pertandingan yang akan berlangsung sepanjang Bulan Pusat Sumber 2025.
Aktiviti Kuiz Bijak Matematik bagi murid pemulihan Tahun 2 dan 3








































