Pages

Thursday, February 26, 2026

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN MUDA TAHUN 2026 (SESI PETANG)

  Pada 26 Februari 2026 telah berlangsung Majlis Penyampaian Watikah Pemimpin Muda Tahun 2026 bertempat di Dewan Perdana, SK Taman Putra Perdana. Majlis ini dianjurkan sebagai pengiktirafan terhadap peranan dan tanggungjawab besar yang di galas oleh pemimpin muda dalam kalangan rakan sebaya.

    Seramai 422 pemimpin muda yang terlibat terdiri daripada 175 orang Pengawas, 64 orang Pengawas Pusat Sumber (PSS), 45 orang Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) serta 138 orang Ketua Kelas (KK) dan Penolong Ketua Kelas (PKK). Majlis ini telah dirasmikan oleh Guru Besar, Encik Mohd Izzudin bin Yoop. Penyampaian Sijil Watikah Pemimpin Muda telah disampaikan oleh Guru Besar dan Penolong Kanan Petang kepada semua peserta terlibat. Seterusnya, majlis ini juga diselangi dengan bacaan ikrar setiap unit yang diketuai oleh ketua unit masing-masing.

    Matlamat utama majlis ini diadakan untuk memberi pengiktirafan rasmi kepada murid yang dilantik sebagai Pemimpin Muda Sekolah agar lebih bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan. Selain daripada itu, ia juga untuk membentuk sahsiah, disiplin dan jati diri kepimpinan dalam kalangan murid supaya mampu menjadi contoh teladan kepada rakan sebaya.

    Berikut adalah gambar-gambar yang telah diambil sepanjang majlis berlangsung.


                                          Puan Nik Rosmaliza dan Puan Khalidah selaku pengacara majlis.

     Bacaan doa oleh Ustaz Abdul Hafiz

                                                                           Ucapan daripada Guru Besar

                                                            Pemimpin Muda Pengawas menerima sijil watikah

                                                              Pemimpin Muda PSS menerima sijil watikah

                                                              Pemimpin Muda PRS menerima sijil watikah

                                                            Pemimpin Muda KK dan PKK menerima sijil watikah

                                                       Pemimpin Muda Pengawas bersama guru pembimbing

                                                           Pemimpin Muda PSS bersama guru pembimbing

                                                          Pemimpin Muda PRS bersama guru pembimbing

                                                Pemimpin Muda KK dan PKK bersama guru penyelaras tahun

      

    Semoga semua Pemimpin Muda ini dapat menjalankan amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin.


Laporan Disediakan Oleh,

Pn Nurazlin binti Mat Nor
                                                 


Wednesday, February 25, 2026

   MAJLIS PELUNCURAN PROGRAM IHYA RAMADAN DAN BULAN DAKWAH 

   SK TAMAN PUTRA PERDANA  2026/1447H

Tarikh: 23 Februari 2026

Masa: 8.00 pagi

Tempat: Dewan Perdana

Sasaran: Murid Tahun 4,5,6

  Pada pagi Isnin,23 Februari 2026 telah berlangsung Majlis Peluncuran Program Ihya Ramadan 1447H semasa perhimpunan sekolah waktu pagi. Majlis ini diadakan sebagai tanda permulaaan kepada pelbagai aktiviti yang telah dirancang sepanjang bulan Ramadan bagi menyemarakkan lagi penghayatan dan pengamalan nilai-nilai Islam dalam kalangan warga sekolah

Bulan Ramadan adalah anugerah dari Allah untuk umat Islam seluruhnya bagi menambah amalan demi meraih ganjaran dan ketaqwaan yang dijanjikannya. Amalan sunat seperti solat sunat Tarawih, Tadarus Al-Quran, Tazkirah, Iftar Jamaie, sedekah dan seumpamanya adalah amat digalakkan. Oleh itu, pelbagai aktiviti agama seharusnya dilaksanakan di dalam bulan Ramadan ini khususnya, sebagai penjana untuk memantapkan lagi program pengukuhan sahsiah murid dan warga sekolah.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan Pengacara Majlis Cik Nur Dalida Zakirah binti Zainol dan seterusnya ucapan perasmian oleh Guru Besar Sk Taman Putra Perdana yang menekankan kepentingan menjadikan Ramadan lapangan untuk membentuk sahsiah, disiplin dan akhlak yang lebih baik.Beliau turut mengajak semua murid dan guru untuk merebut peluang meningkatkan amalan serta memperbanyakkan ibadah sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini.



Pengacara Majlis Cik Nurdalida Zakirah 


Ucapan perasmian Encik Izzuddin bin Yoop

Majlis Peluncuran disempurnakan secara simbolik dengan meletakkan tapak tangan ke skrin dan terpancar tayangan video sebagai tanda bermulanya Program Ihya Ramadan peringkat sekolah bagi tahun ini. 


Simbolik Perasmian Program Ihya Ramadan 2026

Seterusnya, Guru Penyelaras Program Ihya Ramadan telah memperkenalkan objektif serta pengisian program yang akan dijalankan sepanjang bulan Ramadan. 



Guru Penyelaras Program Ihya Ramadan

Objektif Program

Program Ihya Ramadan dianjurkan bagi:

1. Meraikan kedatangan bulan Ramadan yang disyariatkan berpuasa.

2.Memperbanyakkan amalan-amalan sunat di bulan yang diberkati.

3.Memberikan pengalaman yang berguna kepada murid dengan suasana majlis di bulan Ramadan.


Program sepanjang Ramadan

Pengisian Program Sepanjang Ramadan

Sepanjang bulan Ramadan, pelbagai aktiviti telah dirancang,antaranya:

  • Tadarus Al-Quran(Al-Quran di hatiku)
  • Tabung Kasih Ramadan(Musalla Raudatul Ilmi)
  • Daie Cilik
  • Majlis Bacaan Yassin
  • Kuiz Ramadan
  • Pertandingan Nasyid
  • Pertandingan Tilawah Al-Quran
  • Pertandingan Khat
  • Pertandingan Hafazan
Diharapkan Program Ihya Ramadan ini dapat dilaksanakan dengan lancar serta mencapai objektif yang telah ditetapkan. Moga warga sekolah dapat merebut peluang keemasan untuk meningkatkan ketakwaan,memperbaiki diri dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

Semoga Ramadan kali ini memberi seribu keberkatan dan menjadi titik perubahan ke arah yang lebih baik.

"Ramadan dihayati, Sahsiah disemai, Ukhwah diperkukuh".